Kejadian tanah runtuh berlaku lagi

Keadaan tanah runtuh yang berlaku berhampiran sebuah rumah di Jalan Pangsun, Kampung Padang Lubuk Kelubi, Hulu Langat.

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan menyebabkan berlaku satu lagi kejadian tanah runtuh di Jalan Pangsun, Kampung Padang Lubuk Kelubi, Hulu Langat sebentar tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.54 malam itu membabitkan runtuhan tanah dengan ketinggian 10 meter berhampiran sebuah rumah yang didiami enam sekeluarga.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.54 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikerah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, runtuhan dengan ketinggian 10 meter itu berlaku susulan hujan lebat pada petang tadi yang menyebabkan air bertakung pada paras buku lali.

“Semua penghuni di rumah berkenaan yang terdiri daripada empat dewasa (dua lelaki dan dua perempuan) dan dua kanak-kanak lelaki telah berpindahkan ke sebuah inap desa berhampiran bagi memastikan keselamatan mereka terjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam memberitahu, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di lokasi dan sehingga kini, tiada lagi runtuhan berlaku di lokasi kejadian walaupun keadaan cuaca masih lagi hujan renyai

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker