Guan Eng dibidas kerana cadang agar Rafizi lawan Anwar
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan sepatutnya mengelak daripada mengulas mengenai hal PKR yang hanya akan mengundang spekulasi dan kontroversi, kata pemimpin PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ahli parlimen Setiawangsa itu mengulas wawancara Guan Eng dengan Malaysiakini di mana pemimpin DAP itu mencadangkan agar Rafizi Ramli mencabar Anwar Ibrahim bagi jawatan tertinggi PKR.
“Saya faham selalunya media akan ‘menjolok’ kita dengan soalan-soalan yang nakal berkaitan parti lawan atau kawan.
“Sebagai orang yang telah lama berkecimpung dalam dunia politik, saudara Guan Eng sepatutnya faham Keadilan (PKR) mempunyai prosesnya tersendiri – termasuklah kaedah pemilihan kepimpinan parti.
“Sepatutnya beliau mengelak mengulas sesuatu yang hanya akan mengundang spekulasi dan kontroversi berkenaan Keadilan,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan yang disiar di Facebooknya.
Terdahulu, dalam wawancara eksklusif itu, Guan Eng mencadangkan agar Rafizi terus mencabar Anwar bagi jawatan tertinggi PKR berbanding jawatan sebagai timbalan presiden.
Guan mengulas dakwaan Rafizi bahawa PH sedang mempertimbangkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk PRU akan datang, yang menurutnya ditujukan kepada Anwar.
“Jadi, sasaran dia (Rafizi) ialah Anwar. Saya fikir kerana ini adalah untuk kempennya bagi jawatan timbalan presiden, saya tidak mahu masuk campur.
“Mungkin, berbanding jawatan timbalan presiden, dia patut terus bertanding untuk jawatan presiden,” kata Lim.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, dia sendiri dan rakan-rakan dalam PKR tidak akan memberikan komen berlebihan berkenaan hal dalaman DAP.
“Lebih-lebih lagi memberitahu pemimpin-pemimpin muda DAP apa yang mereka harus lakukan dalam hal pemilihan parti.
“Semoga saudara Guan Eng akan mengambil pelajaran dalam hal ini,” katanya.
Semalam Rafizi berkata dia tidak mahu bertanding jawatan presiden PKR yang disandang Anwar bagi mengelakkan perkara itu mengganggu perhatian kepada mesej-mesej parti itu.
Naib presiden PKR berkata, tindakan sedemikian akan mengalihkan fokus kepada pertandingan berkenaan dan bukan masalah rakyat, seperti isu kesihatan awam.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]