PAU 2021: Isu bubar parlimen, Ketua Pemuda UMNO bangkit bela PM

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah sekali pun berkata yang dia tidak mahu membubarkan parlimen, dakwa Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, hal itu dinyatakan Ismail Sabri setelah dia menghantar mesej teks menyatakan rasa tidak setuju dengan layanan biadab diterima naib presiden Umno dalam satu insiden ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Katanya, dia menghantar teks pesanan tersebut setelah dimaklumkan bahawa Ismail Sabri berdepan sorakan “Bubar!” oleh sekumpulan orang dalam lawatannya di Johor.



“Saya (hantar) teks kepada perdana menteri, saya kata saya tak setuju (dengan insiden berkenaan), kurang adabnya (apabila ada) segelintir melakukan sedemikian.

“Dan kena ingat, perdana menteri jawab, dia kata dia tidak pernah sekali pun mengatakan tidak setuju untuk membubarkan parlimen.

“Betul atau tidak? Pernah dengar atau tidak perdana menteri berkata dia tak nak bubar parlimen? Pernah?” katanya.

Tambah Asyraf Wajdi Umno sudah memutuskan agar isu pembubaran parlimen dibincangkan di peringkat tertinggi Umno membabitkan lima pemimpin mereka, iaitu presiden, timbalan presiden, dan tiga naib presiden.



“Itu ketetapan kita. Sebab itulah isu ini tak perlu timbul, dalam konteks satu pihak nak bubar, satu pihak tak nak bubar,” katanya.

Jangan malukan Umno

Dia berkata demikian semasa memberikan ucapan penangguhan persidangan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Kata Asyraf Wajdi, isu itu sebenarnya diburukkan dengan kewujudan batu api yang melaga-lagakan pihak di dalam Umno, sehingga mewujdukan seolah-olah ada pihak yang sengaja tidak menyokong Ismail Sabri dalam menjalankan tugasnya selaku perdana menteri.



“Kita semua sokong perdana menterilah! Betul?

“Jangan memalukan Umno seolah-olah pentas Perhimpunan Agung Umno kali ini akan mewujudkan persengketaan dan perbezaan antara kita,” katanya.

Desakan untuk mengadakan PRU awal disuarakan sekumpulan pemimpin Umno dan semakin kuat sejak akhir-akhir ini, khususnya selepas parti itu menang besar di Johor.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan juga menyentuh isu berkenaan sama ada secara langsung atau tidak semasa merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi.



Pun begitu, terdapat tokoh Umno yang berpendapat isu itu tidak harus dibincangkan secara terbuka, contohnya naib presiden Umno Mahdzir Khalid dan veteran Umno Annuar Musa.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Suffian Hamdan dalam ucapan penangguhannya beranggapan isu PRU memang wajar dibincangkan secara terbuka.

Katanya, itu lebih baik berbanding ‘terkantoi’ mengatur gerakan di belakang tabir untuk membeli wakil rakyat.

“Saya rasa kita cakap terbuka macam ni lebih baik. Biar kita sendiri tahu apa kita hendak, dan biar orang luar parti juga tahu.



“Tambahan lagi, dalam sistem demokrasi di mana rakyat memilih, tak salah kita pasang cita-cita.

“Lebih baik declare cita-cita demokratik begini daripada terkantoi scheme of things merasuah, membeli ahli parlimen parti lain semata-mata nak cukupkan angka,” katanya.

Tambah Shahril, apa yang dicari Umno adalah kemenangan mutlak, dan bagi mencapai matlamat itu, Umno perlu berhenti menyerang sesama sendiri.

Bukan orang luar



Dia turut mempertahankan Ismail Sabri yang dilihat ditekan sesetengah pihak dalam Umno untuk membubarkan parlimen bagi memberi ruang PRU ke-15 disegerakan.

“Jika hendak menang, hentikan sindiran-sindiran di kalangan kita. PH menang tapi jatuh sebab bercakaran dalaman. Kita belum menang pun dah ada nak menjatuhkan sesama sendiri. Bisik-bisik, momok-momokkan orang, dakwa-dakwi, spekulasi.

“Akhirnya masing-masing nak bersuara pun teragak-agak pandang kanan pandang kiri. Takut tak masuk line itu tak masuk line ini. Orang cakap kita Maxis, bimbang Celcom marah. Orang kata kita Celcom, jaga-jaga takut Maxis terasa.

“Hujung-hujung geleng kepala pakai U-mobile sajalah… no coverage,” katanya berkias.

Tambah Shahril, presiden dan timbalan presiden Umno mempunyai kekuatan tersendiri dalam mengemudi parti, sehingga berjaya mengecap kejayaan dalam banyak pilihan raya.

Namun, katanya, perdana menteri dan menteri kabinet dari Umno juga mempunyai peranan penting, iaitu menunjukkan “pratonton” kepada rakyat pemulihan negara yang dapat dibuat apabila Umno memimpin berbanding parti lain.

“Jadi kita angkat juga menteri kita perdana menteri kita. Dia naib presiden Umno. Bukan orang luar tah mana-mana. Tak usah segan-segan.

“Kita hanya ada satu line: (iaitu) line Umno. Tugas kita bukan mengajak ahli untuk membenci kelompok dalam parti. Tugas kita membakar semangat ahli kita menyerang lawan,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker