Tiada Fenomena Ribut Matahari ‘Aurora’ di Malaysia

Tiada Fenomena Ribut Matahari ‘Aurora’ di Malaysia

PORT DICKSON – Tiada rekod yang menunjukkan fenomena Aurora pernah kelihatan di negara ini.

Jelas Ketua Unit Baitul Hilal, Telok Kemang, Muzamir Mazlan, hanya negara yang berhampiran kutub utara atau kutub selatan sahaja yang boleh melihat fenomena berkenaan.



“Fenomena Aurora tidak kelihatan di negara ini seperti yang ditularkan. Tiada rekod bertulis juga yang menunjukkan bahawa ia pernah kelihatan di negara ini pada masa yang lepas.



“Fenomena ini juga tiada ketetapan waktu dan bergantung kepada aktiviti matahari. Aurora akan kerap kelihatan di negara berhampiran kutub apabila berlakunya ribut suria.

“Fenomena ribut suria paling dahsyat pernah berlaku adalah pada bulan September 1859 dengan menampakkan Aurora sehingga ke negara berhampiran latitud 20 darjah seperti Hawaii, Mexico dan Cuba,” katanya hari ini.

Menurut Muzamir lagi, secara ringkasnya fenomena ribut suria (matahari) akan berlaku apabila terdapat letusan besar di permukaan matahari.



“Interaksi di antara zarah ribut suria tersebut dan zarah lain yang berada di lapisan atmosfera bumi akan menghasilkan cahaya berwarna seperti hijau, biru dan jingga yang dikenali sebagai Aurora,” katanya lagi. -KO

Tiada Fenomena Ribut Matahari ‘Aurora’ di Malaysia



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker