Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sewajarnya meletakkan sebarang jawatan yang dipegang dalam kerajaan, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Tambahan pula, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, Muhyiddin sendiri mengakui sedia meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ekoran kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.
“Muhyiddin sedia letak jawatan dalam parti kerana PPBM (Bersatu) kalah teruk di PRN Johor. Sepatutnya Muhyiddin dan menteri-menteri dari PPBM letak jawatan dalam kerajaan.
“Mereka berkempen secara habis-habisan. PPBM berbelanja besar. Termasuk sedia bas untuk mengangkut pengundi.
“Muhyiddin menyerang UMNO dan pemimpin UMNO dengan kasar. Justeru, bermaruahkah Muhyiddin dan menteri Bersatu terus kekal dalam kerajaan yang dipimpin oleh UMNO?” soal Mohd Puad menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.
Dalam PRN Johor Sabtu lalu, PN hanya memenangi tiga daripada keseluruhan 56 kerusi DUN, iaitu dua wakil Bersatu (DUN Bukit Kepong dan DUN Endau) dan seorang wakil Pas (DUN Maharani).
Pada sidang media PN susulan keputusan itu, Muhyiddin berkata, beliau sedia meletak jawatan sebagai Pengerusi PN.
Berdasarkan culaan semasa, keputusan PRN menunjukkan, PN berjaya mendapat tempat kedua dari segi bilangan undi populariti, iaitu 334,457 undi atau 24 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Dalam hantaran di media sosial tersebut, Mohd Puad seterusnya menyarankan Muhyiddin ‘menekan butang’ untuk melepas jawatan sekiranya beliau masih ada maruah diri.
“Tekanlah button jika bermaruah. Bangsa Johor tidak percaya kamu perihatin Bangsa Johor,” katanya.
Istilah ‘menekan button‘ itu bermula sewaktu PRN Melaka pada Nov 2021, sewaktu Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau boleh mengarahkan wakil rakyat dari PN untuk tarik sokongan dari Kerajaan Johor pimpinan Datuk Hasni Mohammad.
Sehingga kini, PN mempunyai 51 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat-AA
Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
- MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
- PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor
You must be logged in to post a comment.