Lelaki Thailand temui ular berbulu hijau

GAMBAR menunjukkan seekor ular berbulu hijau yang ditemui seorang penduduk di wilayah Sakhon Nakhon, timur laut Thailand. – Youtube / TRUTHS STRANGER

BANGKOK – Seorang penduduk di wilayah Sakhon Nakhon, timur laut Thailand terkejut apabila menemui spesies ular berbulu hijau yang jarang ditemui berhampiran rumahnya pada bulan lepas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Penduduk bernama Tu itu kini sedang menunggu pengesahan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti spesies haiwan aneh itu.

Menurut Tu, dia menemui haiwan itu di dalam paya kotor. Anak saudaranya memberitahu laman berita Yahoo News bahawa dia berpendapat penemuan tersebut boleh menjadi peluang yang baik untuk mendidik orang ramai.

Sementara itu, penduduk lain dilaporkan memberitahu media bahawa mereka percaya ular itu adalah ular air yang dikenali sebagai puff-faced water snake.

Sekiranya benar, bulu-bulu dikatakan tumbuh pada badan haiwan itu ketika ia menunggu di celah-celah batu untuk menyerang mangsa.

Spesies itu kebanyakannya berwarna coklat gelap atau hitam yang sangat berbisa dan kebiasaannya ditemui di India, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Singapura dalam variasi berbeza. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker