Jokowi lawat kawasan pembangunan Nusantara, bermalam dalam khemah

Jokowi lawat kawasan pembangunan Nusantara, bermalam dalam khemah

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dijadual menginap di lokasi pembangunan ibu negara baharu, Nusantara bersama beberapa pegawai atasan, pada Selasa (15 Mac) dengan bermalam di dalam khemah.

Kompas.com yang memetik Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono, melaporkan, lawatan Jokowi ke lokasi itu turut disertai Panglima Tentera Daerah Mulawarman, Teguh Pujo Rumekso dan Ketua Polis Daerah Kalimantan Timur, Imam Sugianto.



“Kami menginap di IKN ini tentunya dalam keadaan seadanya, dan untuk Presiden, kami siapkan khemah sederhana. Namun, tentunya aspek keselamatan beliau dijaga,” kata Heru menerusi sidang media di saluran YouTube Sekretariat Presiden, pada Ahad.

Heru menjelaskan, Jokowi akan berangkat dari Balikpapan menuju lokasi ibu negara baharu itu menerusi jalan darat dan sesampai di lokasi, beliau akan disertai 34 gabenor dalam sebuah majlis.

“Tentunya kita sebagai orang timur akan (memulakan dengan) berdoa, dan menjunjung tinggi kearifan tempatan. Ini adalah projek yang cukup besar dan semua elemen masyarakat diminta menyokong dan berdoa,” ujar Heru.

Selepas bermalam di khemah yang disediakan, Jokowi pada hari berikutnya dijadual mengunjungi beberapa lokasi penting. Sepanjang berlangsungnya acara dan pergerakan beliau, difahamkan terdapat lebih 2,000 pegawai dan anggota dari tentera, polis dan pemerintah daerah akan terlibat dalam aspek pelaksanaan atur cara, logistik dan keselamatan.

Sementara itu, Komandan Pasukan Pengamanan Presiden, Tri Budi Utomo akan memastikan keamanan di lokasi Jokowi bermalam, termasuk melakukan penyemburan asap untuk pencegahan malaria, menabur garam untuk menghindar haiwan melata dan bersiap sedia dengan antibisa ular.-AA



Jokowi lawat kawasan pembangunan Nusantara, bermalam dalam khemah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker