PRN Johor: Perpecahan Dalam Pembangkang Beri Peluang BN Peroleh Manfaat – Mohamad Sabu

PRN Johor: Perpecahan Dalam Pembangkang Beri Peluang BN Peroleh Manfaat – Mohamad Sabu

Peratusan keluar mengundi yang rendah merupakan antara faktor utama kekalahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Amanah, bahkan, sudah menjangka sejak dari awal lagi bahawa peratusan keluar mengundi yang begitu rendah, terutama sekali dalam kalangan penduduk-penduduk bandar khususnya kaum Tionghoa akan memberikan kesan pada parti berkenaan.

Menurut Presidennya, Mohamad Sabu, faktor itu menyebabkan kawasan-kawasan campuran yang menjadi tapak kekuatan PH mengalami kekalahan.

Selain itu, beliau turut menggariskan faktor kedua yang menyumbang pada kekalahan Amanah ialah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam pembangkang.

Beliau berkata, keputusan PRN Johor menunjukkan dengan jelas bahawa jumlah undi yang diperoleh pembangkang melebihi 200,000 undi jika dibandingkan dengan pihak Barisan Nasional (BN).

“Pada saya, keputusan ini menunjukkan bahawa, BN tidak menambah kekuatan mereka, sebaliknya, mereka mendapat manfaat daripada perpecahan pembangkang yang begitu ketara.

“Jumlah undi sebanyak 200,000 tersebut, jika dibahagi kepada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) secara purata, hampir 4,000 jumlah undi pembangkang mengatasi BN.

“Ini menjadi pengajaran kepada kita semua, bagaimana untuk kembali bertaut dan menyusun strategi bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam masa sama, Mohamad menerima dengan hati terbuka keputusan yang dibuat oleh rakyat Johor.

“Bagi pihak Amanah yang bertanding di atas tiket PH, kita menerima keputusan PRN Johor yang telah berlalu semalam (Sabtu) dengan hati yang terbuka,” jelas beliau lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja dalam hantyaran itu turut memberi peringatan kepada semua pihak sekiranya perpecahan terus berlaku dalam menghadapi BN, maka pihak-pihak yang berkepentingan akan terus ‘makan angin’ beramai-ramai selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Pada PRN Johor yang berlangsung pada Sabtu, BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga.

Gabungan berkenaan memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15. Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menyaksikan PH memenangi 11 kerusi, yang mana satu daripadanya adalah milik Amanah.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berjaya mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram apabila memperolehi 8,749 undi, mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Zarul Salleh yang mendapat 6,350 undi.

Seorang lagi calon, Lokman Md Don dari BN memperolehi 6,062 undi.-AA

PRN Johor: Perpecahan Dalam Pembangkang Beri Peluang BN Peroleh Manfaat – Mohamad Sabu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker