Disney minta maaf tutup mulut kepada ‘Don’t Say Gay’

Disney minta maaf tutup mulut kepada ‘Don’t Say Gay’

Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney, Bob Chapek memohon maaf kerana menutup mulut mengenai rang undang-undang pendidikan seks negeri Florida yang memberi amaran akan mengasingkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor Badan Penyiaran British (BBC).

“Anda perlukan saya untuk menjadi sekutu yang kuat dalam memperjuangkan hak sama rata (LGBT) dan saya mengecewakan anda. Saya minta maaf,’’ kata beliau kepada pekerja-pekerjanya.



Komen Chapek muncul ketika kontroversi babak berkaitan LGBT yang dipotong daripada beberapa filem Disney.

Rang undang-undang dikenali sebagai ‘Don’t Say Gay’ itu akan menjadi undang-undang. Ia melarang perbincangan mengenai orientasi seksual dan identiti jantina di peringkat tadika hingga ke kelas gred ketiga (umur lapan hingga sembilan tahun).

Ia yang secara rasmi dinamakan rang undang-undang Hak Ibu Bapa dalam Pendidikan, membenarkan penduduk menyaman bagi mendapatkan ganti rugi jika mendapati terdapat pelanggaran undang-undang itu oleh sekolah di Florida.



White House bagaimanapun mengecam undang-undang tersebut.

Dalam surat kepada kepimpinan Disney yang salinannya diperoleh oleh BBC, pekerja-pekerja LGBT di Pixar iaitu bahagian animasi komputer, Disney berundur daripada perdebatan awam mengenai rang undang-undang kontroversi itu sambil terus mengaut keuntungan daripada masyarakat LGBT.

Mereka juga melemparkan tuduhan yang lebih serius bahawa Disney telah memotong hampir setiap babak LGBT daripada kandungannya walaupun mendapat bantahan daripada pasukan kreatif dan kepimpinan eksekutif di Pixar. Disney tidak menjawab permintaan BBC untuk sebarang komen. – Agensi

Disney minta maaf tutup mulut kepada ‘Don’t Say Gay’



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker