Bila PRU15 Akan Diadakan? Ini Penjelasan Perdana Menteri…PRN Johor Bukan Penentu

Bila PRU15 Akan Diadakan? Ini Penjelasan Perdana Menteri…PRN Johor Bukan Penentu

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan menjadi faktor penentu untuk pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan mengadakan PRU akan dilakukan selepas melihat pelbagai faktor termasuklah persediaan parti serta perbincangan dengan pimpinan parti.



“Sebab itu saya katakan tadi setiap keputusan, kita akan bincang dalam parti, tidak boleh ada satu kumpulan kecil hendak PRU, kita buat PRU kerana semua keputusan perlu dibincangkan secara serius dalam parti.

“Kita tunggu masa sesuai, parti sudah boleh berbincang dan apabila kita rasa sudah bersedia maka bolehlah (diadakan PRU-15 diadakan),”katanya dalam sidang akhbar selepas Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.

Semalam dalam PRN Johor, BN berjaya memperolehi majoriti melepasi dua pertiga selepas meraih 40 kerusi, manakala Perikanan Nasional (PN) mendapat tiga kerusi, DAP (sembilan kerusi), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (1), Parti Amanah Negara (1) dn PKR (1).



Menurut Ismail Sabri, keputusan untuk mengadakan PRU tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu dibincangkan secara serius dalam parti serta turut melihat kepada pandangan pelbagai pihak.

“Ini merupakan satu perkara yang susah, pilihan raya ini, jadi parti akan bincang dan buat keputusan dan selepas itu mungkin beberapa perkara lain perlu dibuat, ada prosedur bukan setakat kita sahaja tetapi segi prosedurnya saya kena menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memberi nasihat dan kalau diperkenan baru boleh,”ujarnya.

Dalam pada itu mengulas mengenai kemenangan BN dalam PRN Johor beliau berkata, ia merupakan kemenangan di luar jangkaan yang menunjukkan kepercayaan rakyat kepada BN.

Katanya, kemenangan tersebut menunjukkan rakyat telah menilai selepas membuat perbandingan antara pemerintahan BN dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.



“Saya harap selepas kemenangan ini tidak ada perpecahan sesama rakyat di Johor, kita perlu kerajaan yang stabil membangunkan Johor, semua pihak menang atau kalah kena sokong kerajaan negeri membangunkan negeri Johor demi kepentingan rakyat,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada PRN Johor akan menjejaskan hubungan dalam Kabinet Keluarga Malaysia beliau yakin Kabinet Keluarga Malaysia adalah profesional khususnya melibatkan dasar dan kepentingan negara.

“Waktu PRN Melaka sebelum ini pun kita bertembung, kita tidak bawa soal Kabinet di situ, saya percaya apa yang berlaku di Johor kita tidak bawa dalam Kabinet,”ujarnya. – KO

Bila PRU15 Akan Diadakan? Ini Penjelasan Perdana Menteri…PRN Johor Bukan Penentu



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker