PRN Johor: Tanpa Pas, Sudah Terbukti UMNO Boleh Bergerak Solo – Penganalisis

PRN Johor: Tanpa Pas, Sudah Terbukti UMNO Boleh Bergerak Solo – Penganalisis

Kemenangan besar yang dibuktikan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam memberi isyarat yang jelas bahawa parti keramat terbesar orang Melayu itu mampu bergerak sendirian tanpa Pas.

Menurut Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Mohammad Tawfik Yaakub, kemenangan lebih dua pertiga yang dicatatkan semalam adalah bukti dan indikator ampuh bahawa parti itu sudah kembali diterima oleh rakyat di negara ini.



Malah, jelas beliau, ikatan kerjasama dengan Pas tidak perlu lagi dipertahankan berdasarkan sikap yang sering dijelmakan oleh parti itu yang kerap menimbulkan masalah dan isu sebelum ini.
“Sudah sampai masanya untuk UMNO bergerak solo dan memutuskan kerjasama dengan parti Pas yang dilihat tidak begitu gemar dan tidak selesa dengan UMNO selain lebih selesa dengan parti Bersatu.

“Kalau itulah yang dimahukan oleh Pas, dengan keputusan di Johor dan di Melaka sebelum ini, maka sudah pasti UMNO dan BN boleh bergerak solo dan tak perlu lagi untuk berpaut ataupun bekerjasama dengan Pas.

“Saya lihat Pas bermasalah dengan setiap gabungan parti politik sejak penubuhan Barisan Alternatif selain Pakatan Rakyat. Pas selalu bergaduh dengan parti gabungan tersebut,” kata Mohammad Tawfik kepada Astro AWANI.

Setakat ini, beliau berkata, UMNO telah menunjukkan kemampuan untuk bangkit semula dan mengekalkan momentum politik sekalipun berdepan dengan kekangan dan masalah yang sering ditimbulkan oleh Pas.

“Biarkan Pas itu bersendirian kerana Pas tidak boleh duduk dalam sebuah gabungan parti politik. Mereka akan bergaduh dengan mana-mana parti politik yang mereka duduk bersama,” tegas beliau lagi.



Kemenangan besar dalam PRN Johor semalam, ujar beliau, perlu menjadi titik noktah terhadap kerjasama UMNO dan Pas yang terjalin sebelum ini.

Dengan pencapaian itu, maka UMNO tidak lagi perlu pertahankanya untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil dan selesa.

“Ia sekali gus memberi satu masa depan yang cemerlang dan baik kepada UMNO dan merupakan petanda bahawa ahli UMNO dan pengundi-pengundi sudah menerima satu perubahan, satu perkara baharu yang dimulakan oleh UMNO selepas 2018 yang lalu,” jelas Mohammad Tawfik lagi.-AA

PRN Johor: Tanpa Pas, Sudah Terbukti UMNO Boleh Bergerak Solo – Penganalisis



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker