Anwar Semakin Hilang Taring, Masih Relevankah Atau Sebaliknya ?

Anwar Semakin Hilang Taring, Masih Relevankah Atau Sebaliknya ?

Kekalahan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menimbulkan persepsi sama ada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih relevan atau sebaliknya untuk terus memimpin parti pembangkang itu.

Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, berkata selain Johor, dua lagi kekalahan dialami PKR bersama Pakatan Harapan (PH) iaitu dalam PRN Melaka dan Sarawak memberi menjadi pukulan teruk kepada reputasi serta imej Anwar termasuk sebagai Ketua Pembangkang.



“PKR secara amnya harus bermuhasabah bagaimana untuk beliau (Anwar) memikirkan masa depan politiknya dan mengenal pasti pemimpin lain yang boleh ditonjolkan untuk memimpin gabungan pembangkang.

“Sebab itu saya merasakan Anwar perlu berjiwa besar menelan ‘pil pahit’ demi kebaikan PKR dan PH keseluruhannya,” katanya kepada BH, hari ini.

Justeru, beliau menjangkakan trend penurunan sokongan terhadap pembangkang terutama PKR akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam PRN Johor semalam, PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri hanya menang satu kerusi daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi.



Kerusi itu disumbangkan melalui Arthur Chong Sen Sern, yang memenangi di kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti 137 undi.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berpandangan karisma Ahli Parlimen Port Dickson itu semakin berkurangan.

“Keputusan PRN Johor menggambarkan bukan sahaja PKR, tetapi figura Anwar sebagai tokoh berpengaruh ibarat hilang taring dan saya melihat PKR perlu mengubah strategi untuk menambat semula hati pengundi.

“Kegagalan PKR dalam PRN Johor ini sebenarnya berpunca kegagalan parti itu ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan. Pengundi masih lagi ingat janji dalam manifesto dan itu menyumbang kepada kegagalan PKR,” katanya.



Beliau berkata, PKR juga dilihat gagal membawa agenda rakyat dan berkempen tanpa arah tuju selain menggunakan kempen berbentuk serangan.-BH

Anwar Semakin Hilang Taring, Masih Relevankah Atau Sebaliknya ?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker