Beri Peluang Kesihatan Awam Stabil Sebelum PRU Diadakan – KJ

Beri Peluang Kesihatan Awam Stabil Sebelum PRU Diadakan – KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat, keadaan kesihatan awam perlu stabil terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan endemik tidak bermaksud pandemik sudah tamat kerana semua pihak masih perlu berhati-hati.



“Sempadan negara dibuka, saf (solat jemaah) boleh dirapatkan, had maksimum kapasiti dimansuhkan tetapi itu bukan bermaksud kita boleh buat apa sahaja dan kita tahu kalau kita buat PRU ia adalah satu aktiviti melibatkan orang ramai.

“Kita baru selesai di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, saya lebih suka tunggu sehingga keadaan kesihatan awam kita stabil barulah kita boleh melihat akan PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai Program Khidmat Komuniti sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan di Senawang pada Ahad.

Media pada Sabtu melaporkan, laungan bubar Parlimen bersahutan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Johor.

Khairy turut berpandangan, belum ada keperluan PRU diadakan kerana situasi itu berbeza dengan PRN Johor.

“Di Johor kita tidak ada pilihan, dah tak ada majoriti dan kerajaan itu sangat rapuh. Saya nampak kerajaan Persekutuan ada perjanjian sehingga Julai tiada keperluan mendesak kerana kerajaan stabil tidak akan tumbang, undang-undang dapat diluluskan di Parlimen.



“Daripada sudut kesihatan awam saya nampak boleh kita tunggu sehingga keadaan bertambah stabil. Jangan mengundang perkara yang tidak perlu diadakan semata-mata kita nampak peluang politik.

“Perkara lebih penting adalah kesihatan awam, pemulihan negara. Baru nak buka sempadan. Saya rasa bagilah peluang keadaan bertambah stabil,” katanya.-AA

Beri Peluang Kesihatan Awam Stabil Sebelum PRU Diadakan – KJ

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker