Taknak kongsi syabu, abang tikam adik

 

KUALA LANGAT – Gara-gara berebut dan enggan berkongsi dadah, seorang lelaki tergamak membunuh adik kembarnya dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Seri Cheeding, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang selepas dua beradik kembar itu bertengkar sesama mereka kerana dadah jenis syabu.



Menurutnya, pertengkaran itu telah membawa kepada pergaduhan sebelum salah seorang daripada mereka iaitu abang telah menikam adik kembarnya di bahagian dada menggunakan sebilah pisau.

“Majikan mangsa yang tiba ke rumah terbabit selepas dihubungi mangsa mendapati adik mangsa berada dalam keadaan terbaring di tepi jalan dengan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang ketika itu masih bernyawa telah dikejarkan ke Hospital Banting sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Kesan darah mangsa selepas ditikam abang kembarnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian telah menemui senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.



Katanya, suspek kemudian telah ditahan polis pada jam 10.45 malam pada hari kejadian di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat selepas dibawa oleh majikan mangsa.

“Siasatan mendapati dua beradik kembar itu adalah pekerja kebun sayur di mana mangsa memiliki rekod lampau bersabit satu kes jenayah dan 10 kes dadah manakala abangnya (suspek) mempunyai 12 rekod kes dadah.

“Suspek yang positif dadah jenis ganja dan syabu itu telah direman tujuh hari sehingga 18 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker