Bapa Tembak Bayi Berusia 7 Hari

Bapa Tembak Bayi Berusia 7 Hari

Islamabad: Seorang lelaki di Pakistan tergamak menembak mati bayi perempuannya yang baru berusia tujuh hari kerana berang tidak dikurniakan anak lelaki.

Shahzaib Khan ditahan pada Khamis di bandar Mainwali selepas polis menerima maklumat kejadian pada 7 Mac lalu.

Ketika kejadian, dia didakwa meluru masuk ke rumah dan menuntut isteri yang dinikahi dua tahun lalu supaya menyerahkan anak mereka dikenali Jannat, sebelum membunuhnya.

Lelaki itu kemudian melarikan diri sehingga ditahan polis pada Khamis.

Bapa saudara mangsa, Hidayatullah Khan membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian dilakukan adik iparnya.

Dia memberitahu Dawn yang dilapor The Mirror , ‘anak perempuan dilahirkan, maka dia (suspek) berang.’

“Suspek mengambil anak perempuan itu dan menembaknya hingga meninggal dunia,” katanya.

Hidayatullah juga menjelaskan Shahzaib enggan menyambut kelahiran bayi itu selepas mendapati jantinanya perempuan, dengan kejadian berkenaan adalah hari pertama dia kembali semula ke rumah.

Hidayatullah mendakwa dia berada di rumah ketika kejadian dan cuba merampas bayi perempuan daripada tangan Shahzaib.

Dia mendakwa Shahzaib mengugutnya dan keluarga dengan pistol supaya mereka tidak masuk campur.

Di sesetengah tempat di Pakistan, pembunuhan anak perempuan dilaporkan masih berlaku kerana lelaki menganggap darjat mereka rendah jika dikurniakan anak perempuan.

Menurut Faisal Edhi yang mengetuai Pertubuhan Kebajikan Edhi, lebih 500 bayi mati kerana dibuang di Karachi sejak dua tahun lalu, kebanyakannya adalah perempuan.

Bapa Tembak Bayi Berusia 7 Hari

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker