Covid-19 terkawal, MUI wajibkan semula pelaksanaan solat Jumaat
Covid-19 terkawal, MUI wajibkan semula pelaksanaan solat Jumaat
JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa terbaharu mengenai pengendalian solat Jumaat yang diwajibkan di masjid selepas kes Covid-19 semakin terkawal, lapor laman berita Kompas.com, semalam.
Selain menetapkan kewajipan solat Jumaat di masjid, MUI juga membenarkan pelaksanaan aktiviti ibadat lain yang melibatkan orang ramai dilakukan di masjid atau tempat awam lain.
“Dalam keadaan penularan Covid-19 terkawal, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat Jumaat dan boleh mengadakan aktiviti ibadat yang melibatkan orang ramai seperti solat berjemaah lima waktu sehari, tarawih dan solat hari raya di masjid sambil menjaga diri daripada terdedah kepada Covid-19,” demikian menurut Ketua Bahagian Fatwa (MUI), Asrorun Niam Sholeh semalam.
MUI sebelum ini mengeluarkan kenyataan membenarkan umat Islam menunaikan solat zohor sebagai ganti solat Jumaat ketika wabak Covid-19 semakin memuncak pada awal Februari lalu.
Selain solat Jumaat, penjelasan MUI turut memuatkan pelaksanaan solat berjemaah yang akan diadakan semula dengan merapatkan dan meluruskan saf.
Niam menjelaskan, ibadah solat boleh dilakukan tanpa penjarakan fizikal kerana pemerintah turut melonggarkan aktiviti sukan dengan kehadiran penonton dan perjalanan kereta api tanpa menjaga jarak dengan syarat sudah menerima vaksinasi penuh Covid-19 termasuk dos penggalak.
“Kita tetap perlu menjaga proses itu terutama pelitup muka yang tidak boleh ditanggalkan ketika berada di masjid,” kata Kamaruddin. – Agensi
Covid-19 terkawal, MUI wajibkan semula pelaksanaan solat Jumaat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]
- PKR, PH dan MUDA cuba menjarakkan diri antara satu sama lain
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi
Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]