Penyanyi Ali XPDC Ditidurkan

Penyanyi Ali XPDC Ditidurkan

Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu terpaksa ditidurkan malam semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Isterinya, Sharifah Syarzana dalam satu kiriman suara kepada rakannya memohon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

“Keadaannya 50 /50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya.

Sementara itu, Facebook Sahabat XPDC turut memuat naik status terkini Ali kepada peminat mereka.

“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ sementara buat masa ini.

Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan dipantau,” tulisnya.

Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti Covid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan Covid-19.

“Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat. Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” katanya.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.-HM

Penyanyi Ali XPDC Ditidurkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker