Ku Li cadang tubuh dana warisan petroleum

KUALA LUMPUR – Susulan kenaikan harga minyak mentah Brent diunjurkan mencecah AS$150 setong dalam tempoh terdekat, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan menubuhkan satu dana warisan hasil petroleum berasaskan lebihan keuntungan tahunan diperolehi Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, cadangan penubuhan dana bukan bersifat dana mahsul (sovereign wealth fund) itu amat penting bagi memastikan keseluruhan 34 juta rakyat Malaysia memiliki satu tabungan khas untuk pembiayaan aspek pendidikan, perbelanjaan kesihatan, biasiswa melanjutkan pelajaran dan kebajikan lain yang penting.

Jelas pengasas Petronas itu lagi, cadangan dana warisan itu juga sebagai solusi penyelesaian kepada permasalahan majoriti rakyat negara ini yang didedahkan memiliki simpanan hari tua melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kurang daripada RM10,000.

Tambah Tengku Razaleigh, sebelum Petronas ditubuhkan lagi, beliau sudah menjangkakan harga minyak petroleum akan melambung naik sehingga AS$120 hingga AS$140 setong, meskipun ketika itu harga minyak setong hanya lingkungan AS$30-AS$40 setong.

“Susulan kenaikan mendadak harta minyak, saya mencadangkan supaya negara menubuhkan satu dana warisan berasaskan daripada lebihan keuntungan diperolehi hasil petroleum diuruskan Petronas demi tujuan menjaga kebajikan rakyat.

“Kalau kita congak jumlah keuntungan tahunan diperolehi Petronas setelah ditolak kos perbelanjaan, cukai, susut nilai tukaran wang asing serta pembayaran peruntukan lima peratus daripada hasil keuntungan kepada kerajaan.

“Saya mengunjurkan Petronas akan memperolehi keuntungan bersih RM90 bilion setahun dan melalui pendapatan itu, kerajaan berupaya menyimpan sekurang-kurangnya 35 hingga 40 peratus daripadanya bagi disalurkan kepada dana warisan yang ditubuhkan kelak,” katanya kepada Sinar Premium sewaktu ditemui di pejabat beliau pada Rabu.

 

TABUNGAN RM1 TRILION

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh atau lebih popular dikenali Ku Li mengunjurkan dana warisan itu, sekiranya berjaya ditubuhkan, mampu mengumpul tabungan sehingga RM1 trilion atau RM2 trilion dalam tempoh belasan tahun akan datang dengan angka itu cukup untuk keperluan semua rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Ujarnya, inisiatif ini juga memastikan dana lebihan keuntungan Petronas dapat diuruskan dengan lebih berhemah, berintegriti dan bersistematik oleh mana-mana kerajaan mentadbir negara dipilih rakyat, melalui syarat dan prosedur ketat ditetapkan Parlimen dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan Jemaah Menteri. Sebaik sahaja Jemaah Menteri bersetuju, Perdana Menteri boleh mengarahkan supaya pindaan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 dapat diusulkan di Parlimen bagi tujuan penubuhan dana warisan berkenaan.

“Berkenaan dengan syarat-syarat pengurusan dana warisan, saya mengusulkan dana ini hanya boleh disentuh atau diguna walau satu sen sekali pun, hanyan dengan kelulusan dua pertiga ahli Parlimen dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Justeru, mana-mana kerajaan mentadbir tidak boleh memandai-mandai menggunakan simpanan dana ini untuk apa jua perancangan mereka tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh turut mempersoalkan ke mana perginya hasil keuntungan Petronas yang bernilai berbilion-bilion sejak entiti itu ditubuhkan pada tahun 1974.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada satu siasatan terperinci diperlukan bagi mengenal pasti punca ketirisan peruntukan lima peratus diperolehi kerajaan daripada keuntungan tahunan Petronas.

“Umum mengetahui hasil keuntungan besar bakal diperolehi Petronas kesan krisis Rusia-Ukraine adalah disebabkan lonjakan harga minyak dunia yang berpunca daripada ‘permainan’ Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Amerika Syarikat.

“Kita menerima faedah, namun keuntungan berbilion ringgit yang diterima kerajaan sebelum ini pun kita tidak tahu pergi ke mana.

“Saya enggan menekankan persoalan isu itu, sebaiknya ia perlu disiasat oleh pihak berkuasa. Namun saya memikirkan dana warisan amat penting supaya satu tabung alternatif yang memberi nilai tambah kepada inisiatif simpanan masa hadapan rakyat dapat diwujudkan,” tegasnya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker