Laporan akhir siasatan kematian Adib jangka bentang di Parlimen Jun ini

PETALING JAYA: Laporan akhir siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Jun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Wan Junaidi berkata bagi tujuan itu, satu laporan interim sedang disediakan dan akan dibentangkan selepas 15 Mac.

“Jawatankuasa Khas ini sedang melaksanakan fungsinya dalam tempoh enam bulan dan bagi tujuan pelaporan, satu laporan interim sedang disediakan selepas tempoh tiga bulan.

“Laporan tersebut akan dibentangkan selepas 15 Mac 2022 dan laporan akhir Jawatankuasa dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Jun,” katanya.

Fadhli meminta kerajaan menyatakan status jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian anggota bomba berkenaan.

Kerajaan pada 8 Okt mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian Adib.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Wan Junaidi itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Idrus Harun.

Adib, cedera ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia pada 17 Dis 2018, selepas berjuang untuk hidup selama 21 hari.

Dia dikatakan diserang serta dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan yang berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker