PRN Johor: Ku Li ramal tiada parti menang majoriti

SHAH ALAM – Di sebalik keyakinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok dengan majoriti lebih dua pertiga, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pula berpendirian berbeza dengan menjangkakan tiada parti akan menang dengan majoriti mudah.

Bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO itu berani bertaruh kemungkinan sebuah kerajaan campuran bakal terbentuk dengan koalisi kerajaan gabungan itu bergantung kepada parti mana yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak.

Jelas beliau, ia disebabkan tiada parti yang benar-benar memiliki sokongan utuh daripada rakyat Johor dengan punca pilihan raya negeri itu dilaksanakan pun adalah disebabkan perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO dan bekas pemimpin parti itu.



“Kalau parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan UMNO berpakat, kita sebenarnya mampu menubuhkan sebuah kerajaan negeri dengan mudah pada PRN Johor.

“Tetapi kerana perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO dan bekas pemimpin parti itu, belum tentu siapa menang dan saya berani bertaruh dengan wang ringgit terakhir bahawa tiada parti akan mendapat kerusi majoriti.

“Jadi maknanya mana-mana parti yang memenangi banyak kerusi terpaksa membentuk kerajaan campuran dan soal parti mana dijangka terlibat kemungkinan besar berasaskan persaingan antara UMNO, Bersatu dipimpin Muhyiddin dan Pejuang,” katanya kepada Sinar Harian.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi awal bagi PRN Johor di Dewan Serbaguna, Batalion 6 PGA Bakri.
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi awal bagi PRN Johor di Dewan Serbaguna, Batalion 6 PGA Bakri.

 



Beliau berkata demikian sewaktu memberi pandangan mengenai unjuran keputusan PRN Johor susulan ramai pemerhati politik menjangkakan koalisi UMNO-BN mampu mengulangi rentak kemenangan besar PRN Melaka tahun lalu dengan majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang lebih popular dikenali sebagai Ku Li turut kesal dengan sikap pemimpin UMNO dan bekas pemimpin parti itu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti bergaduh sesama sendiri sehingga menyebabkan PRN Johor berlaku.Ku Li turut menegaskan masalah itu menjadi faktor utama kerajaan BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di mana ia bermula dengan kekalahan di negeri Johor.

“Sebagai contoh di Parlimen Pulai, kerusi-kerusi DUN di situ sepatutnya UMNO-BN tidak boleh kalah kerana ia kerusi kuat UMNO. Namun, kita kalah di situ pada PRU14 kerana UMNO ‘goncang’.

“Faktornya kenapa? Ini kerana separuh daripada jumlah pengundi Cina menyokong calon Parti Amanah Negara atas gesaan DAP. Hakikat sebenar adalah pembangkang tiada kekuatan di Johor,” jelas beliau.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker