Singapura bertuah tiada pembangkang seperti PAS

Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor menyelar kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah yang menyatakan negara Singapura lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada parti Umno ketika berkempen sempena pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Menurutnya kenyataan itu adalah gurauan kurang cerdik daripada seorang pemimpin parti berjawatan naib presiden.

“Bagi saya kenyataan itu tidak berasas, hanyalah modal retorik ceramah Mohd Amar untuk meraih undi sempena PRN Johor ini. Nampak sangat dia terdesak dengan meletakkan kesalahan kepada Umno kerana dia tahu populariti Perikatan Nasional (PN) sudah merosot di mata rakyat.

“Kenyataan dia itu perlu dibuat pembetulan. Sebenarnya, Singapura Maju kerana tiada pembangkang seperti PAS,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan timbalan menteri besar Kelantan itu membuat analogi dengan menyatakan Singapura lebih maju berbanding Malaysia kerana ketiadaan Umno atau BN di negara itu.

Sementara itu Noor Hariri berkata, secara umum semua mengetahui bahawa pembangkang yang kuat adalah mereka yang mempunyai hujah dan pandangan yang jelas tentang hala tuju sesebuah negara

“Ini tidak berlaku kepada PAS yang sentiasa bersepakat bersama parti-parti berlainan ideologi dan fahaman seperti DAP.

Pakatan pembangkang hanyalah bermotif untuk menjatuhkan Umno BN sahaja, tanpa ada tawaran terbaik untuk rakyat,” katanya.

Tambahnya, keadaan itu turut berlaku sempena PRN Johor kali ini apabila PN sehingga ke saat ini masih belum mengemukakan calon menteri besar mereka.

“Rakyat tahu bahawa PN ini tiada calon wibawa dan diyakini rakyat, dan terbukti, penyertaan PN di dalam PRN Johor ini bukanlah untuk memberi khidmat kepada rakyat tetapi hanya menjadi pengacau pertembungan di antara BN melawan PH.

“Ini membuktikan PN ini lahir daripada sifat tidak elok daripada DNA PH,” kata Noor Hariri.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker