Kenderaan Rosak Teruk Dihempap Bongkah Batu

Kenderaan Rosak Teruk Dihempap Bongkah Batu

Lapan kenderaan rosak teruk ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata dalam insiden pada jam 4.30 pagi itu, bongkah batu menghempap kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan parkir Blok 4 pangsapuri berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa. Siasatan awal polis mendapati kejadian disebabkan bencana alam susulan hujan lebat dan angin kencang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. – Foto Ihsan Polis

Mohamad Farouk berkata, laporan polis yang dibuat oleh pengadu dirujuk kepada agensi lain dan tiada kertas siasatan dibuka.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca dan tidak meletakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok susulan kekerapan berlaku insiden pokok tumbang atau tanah runtuh yang disebabkan angin kencang serta hujan lebat.– BERNAMA

Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. – Foto Ihsan Polis

Kenderaan Rosak Teruk Dihempap Bongkah Batu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker