Serpihan Kapal Penjelajah Kutub ‘Endurance’ Yang Karam Pada 1915 Ditemui

Serpihan Kapal Penjelajah Kutub ‘Endurance’ Yang Karam Pada 1915 Ditemui

LONDON: Serpihan kapal penjelajah kutub, Ernest Shackleton iaitu ‘Endurance’ yang karam disebabkan ais Antartika satu abad lalu ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.

Kapal layar dengan tiga tiang itu dilaporkan hilang pada November 1915 ketika misi Shackleton untuk membuat lintasan darat pertama Antartika.



Percubaan sebelum ini untuk mencari lokasi bangkai kayu sepanjang 144 kaki itu gagal susulan keadaan Laut Weddell yang dilitupi ais dibawahnya.
Walau bagaimanapun, misi yang diberi nama ‘Endurance22’ ini diusahakan Falklands Maritime Heritage Trust.

Ia menggunakan kenderaan bawah air termaju dipanggil Sabertooths yang dipasang dengan kamera dan pengimbas definisi tinggi, berjaya mengesan bangkai kapal berkenaan.

Rakaman menunjukkan kapal itu dalam keadaan yang sangat baik, dengan namanya jelas kelihatan.

“Kami sangat gembira dapat menjumpainya. Ini adalah kapal kayu yang terbaik yang pernah saya lihat. Ia kukuh walaupun berada di dasar laut,” jelas Pengarah Ekspedisi, Mensun Bound.



Walaupun terkandas di atas ais, krew ‘Endurance’ seramai 28 orang berjaya pulang ke tanah air dan mereka dikenali dengan satu kisah kelangsungan hidup yang hebat dalam sejarah manusia.

Mereka merentasi lautan ais, hidup seperti anjing laut dan penguin, sebelum belayar dengan tiga bot penyelamat dan sampai ke Pulau Gajah yang tidak berpenghuni.



Dari sana, Shackleton dan segelintir anak kapal mendayung kira-kira 800 batu (1,300 km) menaiki bot penyelamat James Caird ke Georgia Selatan, di mana mereka meminta bantuan daripada stesen penangkapan ikan paus.

Pada percubaan menyelamat keempatnya, Shackleton berjaya kembali untuk menjemput anak kapal yang lain dari Pulau Gajah pada Ogos 1916, dua tahun selepas Ekspedisi Imperial Trans-Antartiknya meninggalkan London-AA

Serpihan Kapal Penjelajah Kutub ‘Endurance’ Yang Karam Pada 1915 Ditemui

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker