#PRNJohor: PAS Akan Pastikan Johor Jadi Negeri Islamik Sekiranya PN Menang?

Oleh Nurul Aishah

Hudud adalah senjata utama PAS untuk menarik pengundi beragama Islam sejak berzaman lagi.

Setiap kali pilihanraya umum, di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah khasnya PAS akan menggunakan hukum Islam tersebut sebagai modal untuk ‘takutkan’ pengundi Islam di sana.



Pelbagai hukum, bermacam nas serta hadis dikeluarkan samada berbentuk palsu sekali pun mereka gunakan sebagai hujah. Ramai yang terkesan sehingga ke hari ini. Dan bagi PAS, modal kempen tersebut berjaya.

Di Johor, presiden PAS, Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Johor kurang sedar tentang politik Islam maka itulah sebabnya PAS tidak berjaya bertapak di sini.

Mungkin Hadi ingin mengatakan tentang ‘hudud’ tetapi berkias dengan menggantikan kepada ayat ‘politik Islam’. Di pilihanraya negeri Melaka, PAS kalah teruk sehingga hampir kesemua calonnya hilang wang pertaruhan. Tiada hudud ‘berbunyi’ di sana maka di pilihanraya negeri Johor, Hadi menggunakan modal kempen yang biasa PAS guna iaitu ‘Islamik’.



Hadi sebenarnya lupa, Sekolah agama rakyat di Johor lebih banyak dari Kelantan, Terengganu serta Kedah dan lebih awal tertubuhnya. Lebih tersusun dan lebih mendapat pembelaan dari kerajaan negeri Johor.

Ulama di Johor juga ramai cuma mereka tidak menggunakan saluran politik untuk popular. Ulama politik tidak sama dengan ulama yang mengabdikan diri untuk agama semata-mata.

Paling tidak masuk akal, Hadi tidak berani berjanji membawa masuk pelabur dari negara Arab ke Johor sedangkan dia mengaku membawa masuk pelabur Timur Tengah ke Malaysia sesuai dengan jawatan yang disandangnya.

Pak Arab melabur di negeri mana? Kayangan?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker