Beli Proton X70 baru tapi dapat kereta ‘accident’

Tangkap layar mesej yang dikirimkan penjual kereta tersebut kepada Shakira serta beberapa keping gambar yang menunjukkan kerosakan pada keretanya

PETALING JAYA – Setiap individu pasti akan berasa marah dan sedih apabila ditipu oleh orang lain temasuklah dalam urusan jual beli kereta.

Seperti yang terjadi pada seorang pengguna, Nur Shakira, meluahkan rasa kecewa apabila mendapati kereta yang baru sahaja dibelinya merupakan kenderaan bekas kemalangan.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, dia pada awalnya tidak menyedari tentang perkara itu, namun selepas seminggu menggunakan kereta tersebut secara tiba-tiba lampu ‘check engine’ menyala.

Dia kemudiannya berasa hairan dan terus membawa keretanya ke pusat servis syarikat berkenaan untuk diperiksa.



“Saya beli kereta menerusi ejen di Gua Musang, seminggu selepas saya terima kereta, naik lampu ‘check engine’ dan saya merasa pelik kenapa lampu boleh naik sedangkan kereta baru.

“Lepas itu, saya pergi ke pusat servis di Kota Bharu untuk buat pemeriksaan lanjut,” katanya.

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, pekerja di pusat servis memaklumkan terdapat beberapa komponen pada kereta mengalami kerosakan temasuklah kelihatan wayar penyambung yang telah putus mengakibatkan lampu tersebut menyala.

Dalam pada itu, pihak penjual juga tampil menceritakan perkara sebenar yang terjadi sebelum kereta tersebut diserahkan kepada pemilik.



Sementara itu, Shakira turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan penjual yang memaklumkan keretanya itu telah dibawa keluar oleh seorang pekerja untuk membeli rokok dan berlaku kemalangan sebelum diberikan kepadanya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai meminta agar wanita tersebut membawa kes itu ke mahkamah sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Kes macam ini memang banyak, cuma ramai yang tak perasan, peniaga tipu pembeli kata barang baru, rupanya bekas kemalangan atau sebagainya, bawa kes ni ke mahkamah puan, bawa semua bukti dan tuntut keadilan,” komen seorang pengguna.

“Lawan kes ini sampai menang kak, semoga dipermudahkan, kereta bukan murah,” ujar Fizz Ejam. – KOSMO! ONLINE



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker