Dua Jurugambar The Star, The Sun Selamatkan Wanita Cuba Terjun Di Jambatan Pulau Pinang
Dua Jurugambar The Star, The Sun Selamatkan Wanita Cuba Terjun Di Jambatan Pulau Pinang
Georgetown: “Dari jauh saya lihat wanita itu memanjat tembok jambatan dan bimbang sesuatu buruk berlaku, kami memberhentikan motosikal.
“Kami terdengar dia menangis teresak-esak dan percaya mangsa mempunyai masalah sebelum cuba memujuknya supaya tidak mengambil jalan singkat,” kata jurugambar The Sun, Masry Che Ani, 48, bersama rakannya yang juga jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, selepas menyelamatkan seorang wanita yang mahu terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah Perai ke Georgetown, di sini, hari ini.
Masry berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 tengah hari ketika mereka menunggang motosikal ke Georgetown bagi melakukan tugasan.
Katanya, dari jauh mereka melihat sebuah motosikal berhenti di ruang kecemasan manakala wanita terbabit pula sedang memanjat tembok.
“Wanita terbabit kemudian duduk di tembok serta melihat ke arah laut dan kami berhentikan motosikal kerana yakin dia cuba hendak terjun dari jambatan berkenaan.
“Kami perlahan-lahan memujuknya supaya tidak meneruskan hasrat itu selain meminta mangsa beristighfar dan bertenang.
“Melihat ada peluang, saya tarik tangan mangsa dengan dibantu Ahmad Zhafaran sebelum menelefon peronda PLUS Malaysia Berhad bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zhafaran berkata, selepas berjaya menyelamatkan wanita itu, dia berusaha memujuk mangsa yang dipercayai mempunyai masalah keluarga.
Katanya, detik cemas itu berlaku kira-kira lebih 30 minit sebelum pasukan peronda PLUS tiba.
“Mangsa berusia 37 tahun dari Georgetown mendakwa tertekan akibat mempunyai masalah keluarga dan saya memujuknya supaya mengingati insan tersayang.
“Ini adalah pengalaman kali pertama saya memujuk mangsa dalam situasi berkenaan dan menasihati orang ramai supaya tidak mengambil jalan singkat jika berdepan dengan ujian hidup,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Sementara itu, pihak PLUS ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kami menerima laporan berkenaan dan kes sudah diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya.-HM
Dua Jurugambar The Star, The Sun Selamatkan Wanita Cuba Terjun Di Jambatan Pulau Pinang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]