Krisis Rusia-Ukraine: Ini Syarat Rusia Untuk Tamatkan Perang

Krisis Rusia-Ukraine: Ini Syarat Rusia Untuk Tamatkan Perang

Moscow: Rusia memberitahu Ukraine bahawa ia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan ‘pada bila-bila masa’ jika Kyiv memenuhi senarai syarat, kata jurucakap Kremlin pada Isnin.

Dmitry Peskov berkata, Moscow menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan, menukar perlembagaannya untuk mengekalkan keneutralan, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia, dan mengiktiraf republik pemisah Donetsk dan Lugansk sebagai negara merdeka.



Reuters melaporkan, ia kenyataan Rusia yang paling jelas setakat ini daripada syarat yang ingin dikenakan ke atas Ukraine untuk menghentikan apa yang dipanggil “operasi ketenteraan khas”, yang memasuki hari ke-12.

Peskov memberitahu Reuters dalam temu bual telefon bahawa Ukraine mengetahui keadaan itu dan diberitahu bahawa ‘semua ini’ boleh dihentikan dalam masa singkat.

Rusia menyerang Ukraine dari utara, timur dan selatan, menggempur bandar-bandar termasuk Kyiv, Kharkiv dan pelabuhan Mariupol.

Pencerobohan yang dilancarkan pada 24 Februari, menyebabkan krisis pelarian terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, dan membawa kepada sekatan berat ke atas Moscow.

Tetapi jurucakap Kremlin menegaskan Rusia tidak membuat sebarang tuntutan wilayah ke atas Ukraine dan berkata, dakwaan tuntutan untuk menyerahkan Kyiv adalah tidak benar.



“Kami benar-benar sedang menamatkan operasi tentera di Ukraine. Kami akan menyelesaikannya. Tetapi perkara utama ialah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya dan kemudian tiada siapa yang akan menembak,” katanya.

Mengenai isu berkecuali, Peskov berkata, Rusia harus membuat pindaan kepada perlembagaan yang menurutnya Ukraine akan menolak sebarang matlamat untuk memasuki mana-mana blok.

“Kami juga sudah bercakap mengenai bagaimana mereka harus mengakui bahawa Crimea adalah wilayah Rusia dan bahawa mereka perlu mengiktiraf bahawa Donetsk dan Lugansk adalah negara merdeka. Dan itu sahaja. Ia akan berhenti serta-merta,” katanya.

Konflik itu bermula selepas Putin mengiktiraf dua wilayah pemisah di timur Ukraine, di mana pejuang yang disokong Rusia berperang dengan tentera Ukraine sejak 2014, tindakan yang dikecam Barat.



“Ini bukan kami yang merampas Lugansk dan Donetsk dari Ukraine. Donetsk dan Lugansk tidak mahu menjadi sebahagian daripada Ukraine.

“Untuk selebihnya. Ukraine adalah sebuah negara merdeka yang akan hidup bebas, tetapi dalam keadaan berkecuali,” katanya.

Beliau berkata, semua tuntutan itu dirumus dan diserahkan semasa dua pusingan pertama rundingan antara delegasi Rusia dan Ukraine yang berlangsung minggu lalu.

“Kami berharap semua ini akan berjalan lancar dan mereka akan bertindak balas dengan cara yang sesuai,” kata Peskov.



Menurutnya, keadaan di Ukraine menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada keselamatan Rusia berbanding pada 2014, apabila mereka juga mengumpulkan 150,000 tentera di sempadan-HM

Krisis Rusia-Ukraine: Ini Syarat Rusia Untuk Tamatkan Perang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker