Aktor Ukraine, Pasha Lee Terbunuh Sewaktu Berperang Dengan Rusia

Aktor Ukraine, Pasha Lee Terbunuh Sewaktu Berperang Dengan Rusia

SEORANG aktor terkenal Ukraine, Pasha Lee dilaporkan terbunuh dalam satu serangan brutal oleh pihak Rusia sewaktu mempertahankan tanah airnya, semalam.

Lee, 33, dilaporkan DailyMail terbunuh di Irpin, Ukraine dalam serangan yang telah berlarutan selama 12 hari itu.

Aktor yang cukup terkenal sebagai peminjam suara di filem animasi Lion King itu malah terbunuh bersama Datuk Bandar, Yuriy Prilipko, 61, yang mati ditembak sewaktu sedang membantu memberikan makanan dan ubat-ubatan.

Lee diketahui mendaftar diri di Pasukan Pertahanan Teritorial Angkatan Darat Ukraine sejak hari pertama Rusia membedil negara tercintanya.

“Dari hari pertama, Lee pergi berperang untuk Ukraine dan kini dia meninggal dunia di Irpin, tempat pertempuran sengit sedang berlaku. Kami berdukacita dengan khabar sedih ini,” tulis sebuah kenyataan yang dikeluarkan kepada umum.

Ironi, lima hari sebelum kematiannya, Lee bangga mempamerkan dirinya segak memakai seragam tentera dan mengajak seluruh umat bersatu menentang keganasan yang sedang melanda negaranya.

Dua hari lalu, dia juga memberi khabar dirinya yang kini berada di tengah peperangan.

“Untuk tempoh 48 jam yang lalu, inilah kesempatan buat kami duduk dan bergambar. Saat ini kami masih dibedil bom, tetapi masih tersenyum kerana kami mampu menanganinya,” tulis Lee.

Lee yang dilahirkan di Crimea juga terkenal menerusi animasi Hobbit (pengisi suara) selain merupakan seorang hos.
Aktor Ukraine, Pasha Lee Terbunuh Sewaktu Berperang Dengan Rusia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker