Harga minyak dan emas meroket, saham merudum

HONG KONG – Pasaran ekuiti merudum semalam, manakala harga minyak melambung ke paras tertinggi dalam masa 14 tahun dan simpanan selamat emas pula melepasi harga AS$2,000 (RM8,359) satu auns atau RM267.50 untuk satu gram selepas pelabur semakin bimbang  mengenai impak perang Ukraine  terhadap ekonomi dunia.

Harga minyak melonjak hampir 18 peratus kepada AS$139.13 setong untuk seketika iaitu paras yang tidak pernah dilihat sejak pertengahan 2008. Perkembangan itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengumumkan bahawa White House dan sekutu-sekutunya menimbang untuk mengharamkan import dari Rusia.

Berikutan Rusia adalah pengeluar minyak ketiga terbesar dunia, langkah sedemikian dijangka akan memburukkan lagi krisis bekalan ketika permintaan semakin meningkat. Harga komoditi lain yang dikeluarkan oleh Rusia dan Ukraine seperti gandum dan logam juga melambung tinggi.



Eksekutif firma dagangan komoditi Vitol, Mike Muller memberi amaran bahawa keadaan dijangka semakin buruk.

“Lebih banyak kejutan akan berlaku,” katanya kepada siaran podcast terbitan firma perunding berpangkalan di Dubai, Gulf Intelligence

Kerajaan-kerajaan di dunia sehingga kini mengecualikan minyak Rusia daripada sekatan ke atas Moscow kerana bimbang impak harga akan menjejaskan pengguna.

Lonjakan harga minyak mentah menyebabkan bank-bank pusat ‘sakit kepala’ ketika agensi berkenaan mula mengetatkan polisi kewangan semasa era pandemik bagi menangani inflasi yang kini tertinggi di AS dalam tempoh 40 tahun.



Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula memberi amaran pada hujung minggu lalu bahawa perang dan sekatan ke atas Rusia akan memberikan ‘kesan amat buruk’ kepada ekonomi dunia.

“Kebimbangan pertumbuhan ekonomi global  menjadi terencat ibarat filem seram kepada bank-bank pusat,” pegawai Bank Nasional Australia, Tapas Strickland.

Kebimbangan mengenai impak ke atas ekonomi global menggemparkan pasaran dengan banyak bursa di Eropah dan Asia mencatat trend penurunan. – AFP

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker