PRN Johor: Nasib Pakatan Harapan, Mat Sabu takut nak komen

MUAR – Pakatan Harapan(PH) tidak dapat menjangkakan keputusan bagi parti tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana disifatkan pilihan raya terpaksa.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, banyak pertembungan penjuru dan peratusan keluar mengundi juga menyumbang kepada ketidakpastian jangkaan tersebut.

Tambahnya, rakyat juga dilihat masih takut untuk keluar mengundi disebabkan Covid-19 dan ia memberi kesan yang besar.

“Saya tidak mendapat ‘predict turn out’ macam mana, tapi saya rasa tidak boleh macam pilihan raya sebelum ini, kerana ini pilihan raya terpaksa.

“Ini kerana mereka nak tunjuk kuasa mereka buat pilihan raya.

“Kami tidak dapat jangka sebabnya satu suasana peratus keluar mengundi, terlalu banyak pertembungan penjuru jadi kita tidak macam dahulu, tapi kita buat sahaja kerja kita,” katanya kepada media selepas Ceramah Mega di Sungai Terap, di sini pada Sabtu,

Turut hadir, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, calon PH DUN Bukit Pasir, Elia Nadira Sabudin dan calon PH DUN Maharani, Nor Hayati Bachok.

Tambah Mohamad, parti Barisan Nasional (BN) juga tidak dapat menjangkakan keputusan tersebut dalam PRN Johor kali ini.

“Saya ingat BN pun tidak boleh ukur juga sebab berpecah juga, jadi kita tidak dapat ‘predict’.

“Tetapi kawasan kelas pertengahan dan kawasan bandar kita boleh menang lah,” ujarnya.

PRN Johor: Nasib Pakatan Harapan, Mat Sabu takut nak komen

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker