KWSP perlu beri bonus khas

PENGUMUMAN dividen Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah bukan sahaja menunjukkan simpanan hari tua pekerja sedang diurus dengan baik, malah memberi sinar yang baik kepada ekonomi negara.

Pemberian dividen ini membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM56.72 bilion. Sebanyak RM50.45 bilion adalah untuk pembayaran dividen pencarum akaun konvensional dan RM6.27 bilion bagi akaun shariah.

Sepanjang dua tahun lalu, dunia diancam pandemik yang telah menjejaskan ekonomi, perniagaan dan aktiviti komersial di seluruh dunia.



Seharusnya, tidak banyak harapan boleh diletakkan kepada tabung persaraan pekerja bagi negara kecil seperti Malaysia. Apatah lagi selain masalah global, Malaysia juga berdepan ketidakstabilan politik yang menyaksikan pentadbiran tiga Perdana Menteri dalam tempoh pandemik Covid-19.

Tidak cukup dengan gangguan pandemik, ekonomi dan politik, KWSP sendiri berdepan kesusutan dana secara besar-besaran apabila kerajaan membenarkan pengeluaran kecemasan pencarum menerusi inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Kebenaran itu bertujuan membantu rakyat menangani tekanan sara hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan banyak sektor ekonomi dalam tempoh yang panjang.

Walaupun KWSP cuba meyakinkan pasaran bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan itu, namun pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik sudah tentu sedikit sebanyak menjejaskan mana-mana dana pelaburan kerana ia membabitkan kecairan aset dan pelaburan.



Justeru, kemampuan KWSP memberi dividen yang baik ini harus diberi penghargaan. Menurut KWSP, kemampuan itu adalah hasil pendekatan kepelbagaian portfolio yang berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA).

Pelaburan terbesar KWSP adalah dalam bentuk instrumen Pendapatan Tetap membabitkan 45 peratus daripada pelaburan, manakala kelas aset kedua terbesar dalam pelaburan KWSP ialah Ekuiti sebanyak 44 peratus, diikuti Hartanah dan Infrastruktur sebanyak enam peratus dan instrumen Pasaran Wang (lima peratus).

Walaupun banyak pihak mengkritik keputusan kerajaan menolak permintaan pengeluaran one-off RM10,000 buat kali kedua, namun ternyata ia memberi manfaat kepada pencarum. Kini mereka ada tambahan simpanan antara RM565-RM610 ke atas RM10,000 yang mahu dikeluarkan.

Pengeluaran RM101 bilion dalam inisiatif pandemik telah menyebabkan 48 peratus pencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Setakat 31 Disember lalu, dilaporkan seramai 6.1 juta ahli atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang RM10,000.



SIMPANAN RENDAH

Jika jumlah 48 peratus itu daripada kumpulan pekerja di bawah 30 tahun, ia bukan sesuatu yang membimbangkan tetapi jika sebahagian besar kumpulan tersebut adalah pekerja berusia 40 tahun ke atas, maka ia mungkin memerlukan penilaian kaedah tertentu bagi meningkatkan tabungan persaraan kumpulan berkenaan.

Golongan pesara yang mempunyai simpanan rendah akan berdepan kesulitan hidup hari tua. Ia sekali gus akan meningkatkan beban perbelanjaan dalam sistem bantuan sosial kerajaan dan generasi akan datang pula bakal berdepan lebih banyak kenaikan cukai bagi menampung perbelanjaan kerajaan.

Justeru, di sebalik kelegaan dengan jumlah dividen yang baik ketika pandemik, kerajaan dan KWSP perlu memikirkan satu kaedah bagi meningkatkan semula simpanan hari tua kumpulan 48 peratus ini.



Kerajaan dan KWSP mungkin boleh mempertimbangkan satu misi khas meningkatkan jumlah caruman bagi kumpulan berkenaan melalui pemberian bonus khas selama 10 tahun.

KWSP boleh mewujudkan pemberian bonus sebanyak RM1,000 setahun selama 10 tahun kepada pencarum KWSP dalam kategori B40, dengan syarat tiada apa-apa pengeluaran dibuat oleh mereka termasuk daripada akaun dua.

Oleh sebab negara memerlukan sumber kewangan bagi membiayai belanjawan defisit, kerajaan boleh mengadakan terbitan bon khas untuk langganan KWSP sahaja dengan kadar dividen lebih baik, dengan syarat KWSP melaksanakan misi khas tersebut.

Ia bukan sahaja akan memberi kelegaan kepada pencarum tetapi juga negara pada masa hadapan.



* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker