Rusia guna ‘bola intipan’ perangi tentera Ukraine

Sphera berupaya mengumpul gambar dan audio untuk dihantar kepada operasi tentera sejauh hingga 50 meter. – Set-1/EAST2WEST News

 

MOSCOW – Sejenis alat intipan berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Sphera didakwa digunakan oleh tentera Rusia sebagai salah satu senjata utama untuk memerangi Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bebola robot berharga £18,500 (RM102,297) itu dikatakan pernah diuji ketika pertempuran di Syria, di mana ia digunakan untuk mendapatkan maklumat risikan rahsia.

Gajet yang kelihatan seperti droid BB-8 dalam  filem Star Wars itu digunakan dengan cara melemparnya ke kawasan pertempuran atau zon konflik.



Menggunakan empat kamera video dengan sudut pandangan 360 darjah, Sphera berupaya mengumpul gambar dan audio untuk dihantar kepada operasi tentera sejauh hingga 50 meter.

Ia juga mempunyai lampu diod pemancar cahaya (LED) serta mikrofon dan pemancar untuk menghantar isyarat radio selain boleh beroperasi dalam suhu ekstrem serendah  -20 darjah Celsius hingga lebih 45 darjah Celsius.

Sphera dilaporkan mula digunakan oleh Rusia dalam pertempuran di Syria pada 2018 ketika memberi bantuan ketenteraan kepada rejim Presiden Bashar al-Assad. – AGENSI

Rusia guna ‘bola intipan’ perangi tentera Ukraine




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?



Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker