Menteri isytihar aset secara tidak benar?

oleh Ab Jalil Backer

Hari ini kecoh usul isytihar harta wakil rakyat di Parlimen. Isytihar harta ini tidak relevan kerana wakil rakyat bukan penjawat awam.

Yang kita bimbang ialah ada menteri dan timbalan menteri isytihar harta cara menipu. Ada isytihar terlampau tinggi supaya senang balun projek akan datang. Ada pula sengaja isytihar rendah sebab hendak tutup kejahatan lalu.

Misalnya bagaimana Menteri Kewangan hanya isytihar aset beliau dan isteri sebanyak RM1.35 juta sahaja sedangkan banglo yang beliau beli dengan harga RM2.5 juta pun mengikut nilai pasaran lebih RM4 juta.

Kalau bahagian hutang tidak dikira aset pun, nilai aset LGE sudah lebih RM2 juta (nilai pasaran semasa tolak baki pinjaman). Ini belum masuk simpanan lain dan aset lain.

https://mydeclaration.sprm.gov.my/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker