Lelaki ‘Terlebih Rajin’ Mula Cetus Kontroversi Di Media Sosial
Lelaki ‘Terlebih Rajin’ Mula Cetus Kontroversi Di Media Sosial
Beijing: Seorang lelaki di China yang mendapat pujian majikannya dengan bekerja syif 12 jam selama 30 hari sebulan, baru-baru ini, mencetuskan kontroversi di negara asalnya.
Pada 18 Februari, gambar papan iklan berbingkai yang menggambarkan model pekerja cemerlang sebuah syarikat di Zhengzhou, Henan tular di media sosial China hingga mencetuskan perdebatan hangat.
Portal Oddity Central melaporkan papan iklan kehormat itu memuji lelaki itu iaitu Xue Lintao kerana bekerja 12 jam sehari selama sebulan hingga mempengaruhi kedua-dua pekerja baharu dan lama melalui tindakannya.
Tetapi, kebanyakan netizen tidak melihat Xue sebagai contoh sebaliknya sebagai ‘pengkhianat’ terhadap pekerja yang lain.
Sehari selepas gambarnya tular dalam talian, Xue Lintao menggunakan media sosial menjelaskan perkara itu dengan mendakwa tiada siapa yang memaksanya bekerja 12 jam sehari.
Dia melakukannya secara sukarela kerana gajinya dikira berdasarkan jumlah jam bekerja.
Dakwanya, dia ingin mencari wang lebih dan perlu bekerja lebih masa bagi mendapatkan jumlah sepatutnya.
Lelaki itu berkata, dia tidak perlu hadir di tempat kerja setiap masa dan tugas tertentu tidak begitu sukar.
Xue Lintao menambah, majikannya membenarkan dia mengambil cuti jika dia mahu dan dia mempunyai cuti bergaji selama seminggu setiap suku tahun.
Dia menolak dakwaan majikan mengeksploitasinya.
Bagaimanapun, penjelasan lelaki itu tidak banyak membantu menenangkan rakan sekerja lain dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada masalah kerja berlebihan yang terkenal di China-BH
Lelaki ‘Terlebih Rajin’ Mula Cetus Kontroversi Di Media Sosial
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.