Satu pertiga pesakit COVID-19 ada simptom berterusan 6-12 bulan selepas dijangkiti

Satu pertiga pesakit COVID-19 ada simptom berterusan 6-12 bulan selepas dijangkiti

Hampir satu pertiga individu melaporkan mereka mengalami gejala berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan COVID-19, lapor kajian yang membabitkan 152,000 orang di Denmark.

Kajian itu turut membabitkan satu daripada kumpulan terbesar yang tidak dimasukkan ke hospital dengan COVID, dengan mengikuti mereka lebih lama daripada kajian utama lain, kata penyelidik dari Institut Serum Negara Denmark (SSI).



Kajian berasaskan soal selidik itu mencadangkan simptom jangka panjang yang paling biasa dilaporkan adalah perubahan dalam deria bau dan rasa serta keletihan.

Ia dijalankan antara September 2020 hingga April 2021 iaitu sebelum lonjakan jangkitan disebabkan varian Omicron yang mana kajian itu membuat perbandingan mengenai maklum balas terhadap 61,002 orang yang diuji positif COVID-19 bagi tempoh enam, sembilan atau 12 bulan dengan 91,878 individu yang diuji negatif.

Secara keseluruhan, kira-kira 29.6 peratus daripada responden yang diuji positif melaporkan sekurang-kurangnya mengalami gejala fizikal yang berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan, berbanding 13 peratus dalam kumpulan yang dikawal.

Lebih separuh atau 53.1 peratus daripada mereka yang positif mengatakan mereka mengalami gejala sama ada keletihan mental atau fizikal, masalah tidur atau masalah kognitif antara tempoh enam hingga 12 bulan selepas dijangkiti, berbanding 11.5 peratus dalam kumpulan kawalan.

Kajian berkenaan diterbitkan dalam versi pracetak dan belum lagi disemak semula.



Menurut ahli epidemiologi di SSI, Anders Peter Hviid yang juga penulis kajian berkata, keputusan berhubung gejala berterusan COVID-19 adalah antara tanda yang perlu dipertimbangkan oleh pembuat dasar.

Sementara itu, anggaran mengenai kelaziman yang dikenali sebagai ‘long COVID’ adalah berbeza-beza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memanggil sindrom selepas COVID-19 sebagai gejala berterusan termasuk keletihan atau sesak nafas, antara lain tiga bulan selepas jangkitan yang berterusan hingga tiga bulan.

WHO menganggarkan antara 10 dan 20 peratus individu terjejas itu memerlukan lebih usaha untuk sembuhprognosis jangka panjang. – REUTERS



Satu pertiga pesakit COVID-19 ada simptom berterusan 6-12 bulan selepas dijangkiti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker