Legenda Bolasepak Belanda Clarence Seedorf Umum Peluk Agama Islam

Legenda Bolasepak Belanda Clarence Seedorf Umum Peluk Agama Islam

LEGENDA bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengumumkan dia kini sudah menjadi saudara baharu selepas memeluk agama Islam pada usia 45 tahun.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram rasminya pada Jumaat.



Jelasnya, dia tidak akan menukar nama dan terus menggunakan nama diberi ibu bapanya.

“Penghargaan istimewa kepada semua kata-kata baik yang meraikan saya menyertai keluarga Muslim.

“Saya gembira dan terharu dapat menyertai saudara Islam di seluruh dunia terutamanya Sophia (Makramati) yang banyak mengajar saya makna Islam.

“Saya sampaikan kasih sayang saya kepada semua orang di dunia,” tulis Seedorf di akaun Instagramnya.

Seedorf pernah bermain dengan banyak pasukan besar sepanjang karier hebatnya termasuklah Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan.



Pemain tengah itu pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali bersama Ajax, Real Madrid dan AC Milan.

Selain itu, dia juga pernah memenangi satu La Liga dan dua kejuaraan Serie A bersama AC Milan.-AA

Legenda Bolasepak Belanda Clarence Seedorf Umum Peluk Agama Islam



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker