Kami selamat, pindaan Bersatu hanya terpakai 1 Apr – Suhaili

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mendakwa mereka tidak terkesan kerana menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebelum 1 Apr.

Kami selamat, pindaan Bersatu hanya terpakai 1 Apr – Suhaili

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mendakwa beliau serta lima Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar Ibrahim tidak perlu mengosongkan kerusi walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.

Bercakap kepada FMT, Suhaili berkata ini kerana menerusi notis kelulusan JPPM dikongsi pemimpin Bersatu menunjukkan pindaan itu hanya berkuat kuasa 1 April sedangkan mereka menyatakan sokongan kepada Anwar dari sekitar Oktober hingga Januari lalu.



“Kami selamat, kami buat sokongan ini tahun lepas…sedangkan surat JPPM itu sebut pindaan itu hanya boleh dijalankan mulai 1 April,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi media sosialnya memuat naik surat bertarikh 1 April ditandatangani Ketua Pengarah JPPM Mohd Zulfikar Ahmad memaklumkan pengesahan kelulusan pindaan Perlembagaan Bersatu.

Mesyuarat Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan terhadap Perkara 10 Perlembagaan yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Jika itu terjadi, mereka perlu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada PRK.



Selain Suhaili, turut menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Bagaimanapun, Suhaili berkata beliau akan menunggu surat daripada Bersatu dan keputusan daripada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berhubung kedudukannya.

“Kalau Bersatu ke mahkamah selepas speaker buat keputusan, saya akan lawan mereka…tak kisah sampai bila-bila pun.

“Sekarang ini saya tetap sokong PMX (Anwar),” katanya. FMT



Kami selamat, pindaan Bersatu hanya terpakai 1 Apr – Suhaili

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker