Resolusi PBB kutuk Rusia, India tak mahu campur

PENCEROBOHAN Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan tindakan bagi mengimbangi hubungan tradisional antara New Delhi, Moscow dan Barat kelihatan lebih goyah berbanding sebelum ini.

Ini adalah disebabkan tindakan India yang bersikap berkecuali dalam resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu lalu.

Revolusi itu mahu mengecam tindakan Rusia menyerang jirannya, Ukraine.

Namun, India mendapat pujian dari Moscow kerana membuat keputusan yang berkecuali itu.

Bagaimanapun, banyak negara menganggap kegagalan India untuk mengutuk pencerobohan itu dianggap sebagai sokongan ‘de facto’ ke atas Moscow sekali gus memberikan perlindungan diplomatik kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

India juga dilaporkan sedang berusaha untuk memperkukuhkan pakatan perdagangan dengan Moscow yang berpotensi menjejaskan usaha Barat untuk meminggirkan Rusia daripada sistem kewangan global.

DILEMA NEW DELHI

Krisis Ukraine itu telah menyebabkan India menghadapi satu dilema.

Ini adalah kerana semasa Perang Dingin, New Delhi condong ke arah Kesatuan Soviet semasa Pakistan mendapat sokongan dari negara-negara Barat.

Hubungan rapat antara India dengan Rusia sudah bertahan sejak sekian lama dengan Moscow masih menjadi pembekal senjata terbesarnya kepada New Delhi.

Pada masa sama, India memerlukan sokongan negara-negara Barat untuk menghadapi China yang semakin tegas di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping.

Beijing pula meluaskan penguasaannya ke Lautan Hindi dan kedua-dua negara pernah bertempur berhubung isu sempadan sehingga membawa maut pada tahun 2020.

Bersama-sama dengan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Australia, India juga merupakan anggota Pakatan Quad yang dilihat sebagai benteng ketika menentang China.

Keputusan New Delhi untuk berkecuali pada undian Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat lalu meninggalkannya untuk berada bersama-sama China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala Rusia pula memveto resolusi itu.

Dalam undian itu, Beijing dan UAE bertindak berkecuali dalam revolusi bagi mengutuk serangan Rusia ke atas Ukraine.

UAE bersikap berkecuali kerana tidak berpuas hati dengan reaksi AS ketika Abu Dhabi diserang oleh dron dan peluru berpandu kumpulan Houthi dari Yemen baru-baru ini.

India tidak mahu mengutuk Rusia kerana menyerang Ukraine pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Foto AFP

 

PELABURAN

“India tidak ada banyak pilihan yang ada,” kata seorang Felo dari Observer Research Foundation atau Yayasan Penyelidikan Pemerhati, Nandan Unnikrishnan kepada AFP.

India mempunyai banyak pelaburan dalam hubungannya dengan Rusia dan dalam masa yang sama New Delhi mengekalkan hubungan dengan AS, tambahnya.

Putin pernah melawat India pada tahun lalu.

Ia merupakan lawatan luar negara yang jarang dilakukan oleh mana-mana Presiden Rusia.

Dalam lawatan itu, Putin memeluk erat Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika kedua-dua pemimpin itu mengukuhkan hubungan ketenteraan dan tenaga antara kedua-dua negara.

New Delhi ialah pengimport senjata kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi dan menurut akhbar Business Standard antara tahun 2016-2020, sebanyak 49.4 peratus daripada pembelian senjatanya adalah dari Rusia.

Pada akhir tahun lalu, ia mula menerima penghantaran dari Rusia sistem pertahanan peluru berpandu S-400 yang dipersetujui untuk dibeli dengan harga lebih AS$5 bilion (RM20.93 bilion) pada tahun 2018 walaupun diancam dengan sekatan AS.

Ketika New Delhi sedang mencari untuk mempelbagaikan pembekal senjatanya, import senjata dari AS menyumbang hanya sebanyak 11 peratus.

India yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1.4 bilion orang itu juga merupakan pengguna utama minyak Rusia.

Jumlah tahunan perdagangan New Delhi dengan Moscow adalah kira-kira AS$9 bilion (RM37.68 bilion) yang melibatkan sejumlah barangan tertentu.

Rusia juga telah berulang kali memveto resolusi PBB yang mengutuk New Delhi berhubung tindakannya di Kashmir yang ditadbir India yang mana pemberontakan ganas telah berlaku sejak beberapa dekad lalu.

Menurut Penolong Profesor Happymon Jacob dari Universiti Jawaharlal Nehru di New Delhi, Rusia mungkin satu-satunya rakan kongsi yang penting bagi India di wilayah utara negaranya.

Ketika ia bercita-cita untuk mendapatkan kerusi tetap dalam Majlis Keselamatan PBB yang membolehkab India mendapat peranan yang akan membawa tanggungjawab lebih besar di pentas dunia, New Delhi didapati telah berhati-hati untuk mengelak daripada mengutuk Rusia secara jelas.

Setakat ini ia tidak merujuk kepada operasi Moscow di Ukraine sebagai satu pencerobohan.

Sebaliknya, ia menekankan bahawa krisis tersebut sebagai aspek dalaman terutamanya tentang pemindahan pelajar-pelajar India dari Ukraine.

Secara rasmi, Washington telah mendiamkan tentang kegusarannya dengan tindakan India itu.

Ia menyatakan bahawa India dan Rusia mempunyai satu hubungan yang tidak dimiliki AS.

Bagaimanapun, bekas diplomat AS, Richard Haass melabelkan India sebagai bertindak secara berhati-hati bagi menggelakkan kemarahan Putin.

Namun, seorang penganalisis politik, Sanjaya Baru berkata, India sanggup berhadapan dengan China.

“Hanya India yang bertenaga boleh mengatasi China yang agresif,” tulisnya dalam akhbar Times of India. – Agensi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker