Zulkurnain Bertanding Penggal Ketiga Dun Sri Medan

Oleh Nurul Aishah

KETIKA tsunami politik melanda negara yang menyaksikan Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Harapan(PH) dalam Pilihan Raya Umum(PRU) ke-14, Dato’ Zulkurnain Kamisan masih mampu mempertahankan kerusi Dun Sri Medan dengan majoriti 6,040.

Mana-mana calon Barisan Nasional (BN) yang mampu menang dalam PRU-14 merupakan calon yang disukai penduduk di kawasan tersebut dan mempunyai “grassroots” yang kuat.



Tambahan pula Zulkarnain merupakan ADUN bagi Sri Medan sejak 2013. Beliau berasal dari UMNO dan merupakan anak kepada Kamisan Ashari, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Sri Medan. Zulkurnain meneruskan tugas ADUN Sri Medan sejak PRU-13 bagi menggantikan Datuk Ahmad Zahri Jamil yang menjadi wakil rakyat di Sri Medan sejak 1990 hingga 2013.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini, Zulkurnain dinamakan oleh parti sebagai calon Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk mempertahankan kawasan DUN Sri Medan.

Beliau akan menghadapi pertandingan empat penjuru

1. ENCIK OTHMAN BIN KEPOL PARTI PERIKATAN NASIONAL
2. DATO ZULKURNAIN BIN KAMISAN BARISAN NASIONAL
3. AZMI MASRANI PARTI KEADILAN RAKYAT
4. MOHD FIRDAUS ABDUL MALEK



“Inshaa Allah… saya akan berusaha utk meneruskan rutin saya seperti sebelum ini… Bergerak tanpa berpandukan jadual kempen sepenuhnya… saya akan menyantuni seberapa ramai yg saya mampu… “- Zulkurnain.

Itu antara faktor yang menyebabkan beliau amat disenangi penduduk setempat. Namun begitu, Ketua UMNO Parit Sulong ini melihat PRN Johor ini mempunyai cabaran tersendiri. Bagi mempertahankan kawasan DUN Sri Medan beliau akan mendekati pengundi dengan pelbagai cara dalam usaha memastikan penyampaian maklumat tercapai.

Tambahan pengundi secara automatik dan undi 18 memerlukan cara pendekatan agak berbeza jika dibandingkan dengan kempen-kempen sebelum ini.

40 peratus pengundi-pengundi adalah bawah 40 tahun dan mereka ini perlu didampingi selain program yang sesuai dengan jiwa mereka diadakan dengan lebih banyak.



Penglibatan undi 18 yang diberikan ruang untuk sama-sama membuat pilihan menerusi sistem demokrasi juga perlu ditangani dengan baik.

Ini merupakan penggal yang ketiga buat Zulkurnain maka ini merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar untuk DUN Sri Medan kerana rakyat mahukan pembaharuan dan idea-idea baru yang mampu merangsang ekonomi dan taraf hidup mereka.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker