Bahana Tepuk Punggung Janda

Bahana Tepuk Punggung Janda

Tindakan biadap seorang penyelia menepuk punggung pekerjanya yang juga janda mengundang padah apabila direman selama 14 hari.

Suspek berusia 35 tahun yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu diberkas polis pada 11 malam di sebuah gudang penyimpanan penyaman udara di Telok Gong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan terhadap wanita berusia 29 tahun yang juga ibu tunggal kepada dua anak pada 9 pagi, hari sama.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa sedang menyusun barangan sebelum didatangi suspek yang kemudian menepuk bahagian punggungnya.

“Mangsa baru tiga bulan bekerja di kilang itu manakala suspek pula bekerja selama empat tahun di lokasi sama.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan suspek yang ketika itu sedang bekerja,” katanya.

Kata beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.-HM

Bahana Tepuk Punggung Janda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker