Insiden Kanak-Kanak Rentung: ‘Kami Ajak Balik, Dia Tak Mahu’

Insiden Kanak-Kanak Rentung: ‘Kami Ajak Balik, Dia Tak Mahu’

Ibu angkat kepada kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran di sebuah kilang awal pagi Jumaat memberitahu telah mengajak mangsa pulang tidur di rumah, namun ditolak.

Nur Baizura Abu Bakar, 33, berkata, mangsa, Misha Kasih, 11, bersungguh-sungguh mahu tidur di biliknya di kilang terbabit ketika diajak pulang pada malam sebelum kejadian.

“Saya dan suami (Mohd Ridzuan Mohtar, 36) jumpa Misha sebelum pulang dari kilang, namun dia tetap mahu bermalam di situ.

“Bilik dia macam-macam ada dan selesa sebab majikan sudah anggap dia macam cucu sendiri. Dulu mak dia pun kerja di sini tetapi sudah balik Indonesia sebab tamat tempoh permit,” katanya.

Mohd Ridzuan berkata, dua anaknya berusia 10 dan tujuh tahun ada juga meminta untuk bermalam di kilang berkenaan semalam memandangkan di rumah tiada bekalan air, tetapi tidak jadi.

“Misha tetap tak mahu balik, selalunya musim cuti sekolah, dia balik tidur di rumah tetapi semalam dia tak mahu sebab pagi ini (Jumaat) katanya akan jumpa ibu balik, sebab isteri saya sepatutnya datang kerja macam biasa,” katanya.

Jelasnya, semasa kejadian, mangsa ada menghubungi mereka kira-kira jam 4 pagi, namun panggilan itu hanya disedari selepas Subuh.

“Dia sempat lagi telefon isteri masa kejadian mungkin panik atau takut. Saya pula tidur lewat malam sebab tunggu bekalan air sampai, memang tak sedar, pagi ni kami dapat berita mengejutkan, dia dah tiada,” katanya.-SH

Insiden Kanak-Kanak Rentung: ‘Kami Ajak Balik, Dia Tak Mahu’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker