48 buah motosikal, 4 buah kereta di PPR Intan Baiduri terbakar, Polis siasat unsur khianat

Antara kenderaan yang musnah akibat kebakaran di PPR Intan Baiduri awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti sekiranya terdapat elemen khianat dalam kejadian kebakaran membabitkan 48 buah motosikal dan empat buah kereta di Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi membolehkan kes disiasat sekiranya wujud elemen khianat dengan api dalam kejadian tersebut.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.21 pagi yang membabitkan kereta dan motosikal.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.56 pagi. Polis dengan bantuan forensik bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Rampai sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kejadian kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

“Siasatan awal mendapati, kebakaran bermula dari sebuah motosikal yang diletakkan di pintu masuk utama di kawasan parkir motosikal di Blok C PPR berkenaan.

“Sebanyak 48 buah motosikal dan empat buah kereta telah musnah terbakar dengan anggaran kerugian hampir mencecah RM300,000,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi keterangan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Baldev Singh di talian 012-4806062 atau bilik gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, sebanyak 50 buah motosikal dan empat buah kereta musnah dalam satu kebakaran di PPR Intan Baiduri di sini awal pagi tadi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker