PRN Johor: Minta Maaf Janji Lama Tidak Boleh Tunai, Sekarang Janji Baru Pula

Oleh Nurul Aishah

Kata orang tua kalau sudah biasa menipu maka akan menipu lagi dan lagi cuma masa sahaja yang menentukannya bila dia akan ulang menipu.

Semalam calon PKR untuk DUN Layang-layang Maszlee Malik yang juga masih ahli parlimen Simpang Renggam membuat permohonan maaf di hadapan penyokongnya kerana tidak mampu tunaikan janji yang beliau dan pakatan harapan buat pada pilihanraya umum ke 14.

Banyak janji yang pakatan harapan buat, terkandung di dalam senaskah buku yang akhirnya mereka mengatakan bahawa manifesto adalah bukan kita suci.

Paling terkesan kepada perasaan warga Simpang Renggam adalah beliau berjanji untuk hapuskan tol yang masuk ke parlimen beliau khisusnya. Rakyat Simpang Renggam tidak perlu lagi membayar tol apabila masuk ke Simpang Renggam.

Sekarang di Layang-layang sudah kecoh. Ketika beliau menjadi menteri di dalam kabinet kerajaa pakatan harapan di pusat, semua janji tidak ditunaikan. Bagaimana beliau mampu tunaikan janji sekiranya hanya menjadi kerajaan negeri?

Adakah janji perubahan kepada sistem pendidikan boleh diubah dasarnya di peringkat negeri? Apakah nanti akan ada alasan tunggulah sehingga kami menang di peringkat pusat pula.

Untuk rekod, ketika beliau menjadi menteri pendidikan, terlalu banyak baget telah dipotong untuk anak-anak Melayu dan bumiputra sehinggakan menjejaskan perjalanan anak-anak tersebut menuju ke menara gading. Maszlee sedikit pun tidak membantah tindakan menteri kewangan dari sekutu mereka sendiri, DAP yang mengawal selia bajet pendidikan negara.

Sehingga kini pun Maszlee masih ahli parlimen Simpang Renggam dan apa yang beliau bawa balik ke parlimen beliau?

Ketika menjadi kerajaan pun dia tidak pedulikan warga parlimennya, bagaimana beliau ingin menjaga warga Layang-layang?

Jangan termakan dengan lakonan maafnya. Anda bakal menggigit jari.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker