Rusia tutup ruang udara kepada 36 negara Eropah



MOSCOW – Rusia mengumumkan telah menutup ruang udaranya kepada 36 negara terutama dari Blok Barat sebagai tindak balas atas sekatan yang dikenakan ke atasnya, lapor laman berita DW.com.

Semua 27 negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Britain dan Kanada yang terlebih dahulu menutup ruang udara mereka kepada pesawat Rusia turut terjejas oleh larangan itu.

Pihak berkuasa penerbangan Rusia, Rosaviatsiya mahupun mana-mana negara Barat tidak menawarkan garis masa bila larangan itu mungkin berakhir.

Kesan larangan ini dijangka akan memberikan impak ketara terhadap syarikat penerbangan komersial kerana ruang udara Rusia merupakan koridor utama perjalanan antara Eropah dan Asia Timur.

Hujung minggu lalu. Britain menjadi negara pertama yang mengharamkan pesawat Rusia dari ruang udaranya selepas tentera Rusia menyerang Ukraine.

Dalam satu lagi langkah mengejut, kerajaan Switzerland yang biasanya enggan terlibat dalam pertikaian antarabangsa, mengumumkan bahawa ia menyertai sekatan Barat termasuk melarang kemasukan ke syarikat penerbangan dan pesawat persendirian Rusia.

Meskipun memaklumkan bahawa pesawat diplomatik akan dibenarkan mendarat, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov membatalkan lawatan yang dirancang ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada Isnin lalu. – Agensi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Leave a Reply

Your email address will not be published.