Mahathir dan Anwar selesai buang undi

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mengundi di DUN Anak Bukit menyifatkan jumlah keluar mengundi di kawasan itu masih rendah.

Beliau bersama isteri, Siti Hasmah Mohamad Ali, selesai mengundi di DUN Anak Bukit, pada 9.22 pagi tadi.

Justeru, beliau menasihatkan pengundi keluar beramai-ramai untuk menentukan masa depan dan hala tuju negeri dan negara.



Mahathir merupakan pengasas dan pengerusi Pejuang, namun keluar parti itu pada 10 Februari lalu.

Kerusi DUN Anak Bukit disandang Pejuang, Amiruddin Hamzah. Bagaimanapun partinya tidak bertanding pada PRN enam negeri termasuk Kedah.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim selesai mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada PRN Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini, pada 9.41 pagi tadi.

Anwar yang berkemeja biru dan bersongkok ditemani isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut mengundi di sekolah berkenaan.



Ketibaan mereka pada 9.30 pagi disambut Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin serta Ketua Polis Seberang Perai Tengah Tean Cheng San.

Selepas menunaikan tanggungjawab demokrasi, Anwar dilihat bersalam-salaman dan berkesempatan bergambar dengan pengundi yang hadir di pusat pengundian berkenaan.

Bagi PRN kali ini, kerusi Permatang Pasir menjadi rebutan dalam persaingan satu lawan satu antara penyandangnya Faiz Fadzil dari Amanah dan calon Perikatan Nasional (PN), Amir Hamzah Abdul Hashim.

DUN Permatang Pasir adalah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh, selain Seberang Jaya dan Penanti.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker