Polis buka siasatan video pemandu van dipukul

Tangkap layar video seorang pemandu van dipukul seorang lelaki tular sejak semalam.

SERDANG – Polis membuka kertas siasatan susulan penularan video dalam Facebook berkaitan dakwaan kejadian seorang pemandu kenderaan jenis Proton Saga BLM telah memukul seorang pemandu van di Jalan PJU 3, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya telah mengesan sebuah rakaman video yang berdurasi 21 saat itu tular di Facebook sejak semalam.

“Dalam rakaman video tersebut juga kelihatan lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata ‘Nak lagi tak, nak lagi tak’ sambil menumbuk mangsa beberapa kali.

“Rakaman juga menunjukkan lelaki terbabit telah menarik keluar mangsa dari van sehingga jatuh ke tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



Anbalagan berkata, punca kejadian masih tidak dapat dikenal pasti kerana sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat kedua-dua pihak.

Sehubungan itu katanya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang telah membuka siasatan di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan untuk kejadian tersebut.

“Kami memohon kerjasama dari individu yang terlibat dalam kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sophian Sian di talian 016-5092654 atau Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-80742222 untuk tindakan lanjut,” jelasnya




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker