Pemandu kereta 412 kali ganda risiko maut jika dilanggar trak pikap

Pemandu kereta 412 kali ganda risiko maut jika dilanggar trak pikap

Pemandu kenderaan kecil yang dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda adalah 412 kali lebih berisiko maut atau cedera parah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), sebuah kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash, menunjukkan 1 juta rempuhan kenderaan seorang pemandu kereta kecil yang dilanggar oleh pacuan empat roda adalah 412 kali lebih berkemungkinan maut atau cedera parah.



“Analisa itu meliputi kemalangan di Australia antara 1987 dan 2000, berdasarkan laporan polis.

“Selain itu, Ia (pacuan empat roda) adalah kira-kira 40 peratus lebih berkemungkinan untuk membunuh anda atau mencederakan anda secara serius dalam satu kemalangan kenderaan,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Jelas PHM, bukan sahaja di Malaysia, pemanduan berisiko pemandu pacuan empat roda sudah menjadi isu global yang telah diperhatikan sekian lama.

“Bukan sahaja untuk pengguna jalan raya lain, pemanduan secara bahaya juga mengundang bahaya kepada pemandu itu sendiri berikutan pusat gravitinya yang lebih tinggi.



“Pacuan empat roda hampir tiga kali ganda lebih berkemungkinan berguling daripada sedan penumpang besar dalam kemalangan satu kereta,” jelasnya.

Katanya lagi, tidak menjadi satu kesalahan untuk memandu apa jenis kenderaan namun sikap dan gaya pemanduan yang akan menentukan tahap keselamatan sebagai pemandu di jalan raya.

“Kenderaan tidak salah, sikap dan gaya pemanduan yang perlu diubah. Jangan sangka kenderaan anda besar, berkuasa dan kuat, anda boleh memandu secara bahaya di jalan raya,” ujarnya. K Online

Pemandu kereta 412 kali ganda risiko maut jika dilanggar trak pikap




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker