Calon ikut majoriti kaum bakal pengaruhi pengundi

PRN Johor 12 Mac

PEMBAHAGIAN kerusi DUN mengikut parti dan calon antara yang menarik diperhatikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jumlah peratusan majoriti sesuatu kaum sama ada Melayu, Cina dan India pastinya berbeza di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jumlah peratusan majoriti sesuatu kaum di kawasan DUN antara faktor yang diambil kira sesebuah gabungan parti politik sebelum menentukan parti dan calon di setiap DUN.

Atas faktor itu, beberapa pertukaran kerusi DUN berlaku terutama di dalam Barisan Nasional (BN). DUN Pulai Sebatang dan Parit Yaani yang ditandingi calon MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diberikan kepada UMNO.

Pada PRU14 lalu, PH mempertaruhkan calon Melayu dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang seterusnya memenangi kedua-dua kerusi tersebut pada PRU14.

Seterusnya, UMNO Pontian di bawah kepimpinan Ketua Bahagiannya, Datuk Hasni Mohammad telah berulang kali menyatakan minat terhadap kerusi Pulai Sebatang yang mempunyai banyak kawasan perkampungan masyarakat Melayu.

Begitu juga dengan kawasan DUN Parit Yaani di Batu Pahat yang majoriti masyarakat di situ merupakan Melayu.

Akhirnya, kedua-dua kerusi terbabit diserahkan kepada UMNO. MCA mendapat kerusi DUN Puteri Wangsa yang dahulunya miliknya UMNO sebagai pertukaran.

Adakah pertukaran yang dilakukan ini membuktikan peratusan majoriti kaum di sesebuah kawasan DUN memberi kesan kepada kemenangan parti yang bertanding?

Hasni pada majlis pengumuman calon BN bagi PRN Johor pada Khamis lalu dilaporkan berkata tiada pertikaian mahupun perbalahan antara UMNO dan MCA berhubung pembahagian atau pertukaran kerusi.

Sebaliknya, persetujuan dan pertukaran kerusi itu disebabkan calon yang dikemukakan itu perlu yang terbaik ditampilkan seperti ditetapkan pucuk pimpinan.

Pun begitu, sekiranya calon daripada majoriti kaum di sesuatu kawasan DUN mampu menjadi faktor penarik pengundi, sudah tentu beberapa DUN perlu diperhatikan terutama di kawasan luar bandar.

DUN Pekan Nanas yang terletak di dalam Parlimen Tanjung Piai memiliki 57 peratus masyarakat Melayu. MCA bertanding di kerusi DUN Pekan Nanas yang merupakan kerusi tradisi parti itu sebelum tewas pada PRU13.

Perikatan Nasional (PN) turut meletakkan calon dari komponen Gerakan, manakala Pakatan Harapan mempertaruhkan calon DAP. Buat julung kalinya Parti Warisan (Warisan) yang bertanding pada PRN Johor turut meletakkan calon di DUN Pekan Nanas.

Mungkinkah calon Warisan akan mendapat peluang lebih besar untuk menarik pengundi memandangkan Warisan satu-satunya parti yang meletakkan calon Melayu di DUN Pekan Nanas?

PRN Johor akan menyaksikan segala kemungkinan ini berlaku atau sebaliknya. Bukan setakat calon tetapi banyak lagi faktor lain yang boleh menyumbang kepada kemenangan.

Lebih utama adalah suara rakyat yang mahukan perubahan dan pembaharuan bukan setakat memilih calon dan parti pada 12 Mac nanti.

Calon ikut majoriti kaum bakal pengaruhi pengundi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker