PRN Johor: PKR takkan ikut langkah bodoh MUDA

 

BATU PAHAT – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa tidak akan mengambil langkah serupa untuk ‘melanggar’ kerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ini kerana parti itu menghormati Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

“Itu tindakan kurang bijaksana malah akan dicemuh oleh pengundi dan rakyat yang sudah pun muak dengan politik perebutan kuasa.

“PKR akan terus bertanding di kerusinya untuk memenangi hati pengundi.

“PKR hanya akan tumpu kepada membantu calonnya dan calon Amanah serta DAP dalam PRN ini, sekiranya Muda tetap meletakkan calonnya di kerusi ditandingi PKR,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muda dan PKR sebelum ini dilapor akan bertembung di kerusi DUN Larkin pada PRN Johor.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, parti tersebut menyerahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan terbaik sama ada memilih Muda atau PKR.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim turut kesal dengan tindakan Muda meletakkan calon di kerusi tersebut kerana ia jelas tidak menghormati semangat kebersamaan pembangkang dalam membela masa depan rakyat dan negeri Johor dalam PRN.

“Saya sedar mungkin tindakan ini diambil kerana kerusi yang dituntut oleh Muda dalam rundingan tidak dipersetujui oleh PKR.

“Namun wajar saya tegaskan dan ingatkan bahawa tindakannya itu bercanggah dengan pendekatan membawa suara rakyat dan lawan musuh bersama, malah lebih buruk lagi, ia seolah-olah memberi kemenangan kepada lawan,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan parti Muda pimpinan Syed Saddiq itu masih mempunyai masa untuk menimbang semula tindakannya sebelum penamaan calon pada Sabtu.

“Memang benar bahawa rakyat yang akan menentukan siapa pilihan mereka tetapi biarlah pertimbangan dibuat atas dasar dan sikap yang betul dalam politik,” katanya.

PRN Johor: PKR takkan ikut langkah bodoh MUDA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker