Negara tidak stabil kerana PH dikhianati oleh Bersatu

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Reezal Merican Naina Merican, menafikan tuduhan yang mendakwa Umno sebagai punca kepada ketidakstabilan politik negara.

Sebaliknya, kata Reezal, Umnolah “penyelamat” ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan Covid-19 dan kemelut politik.

“Ada menteri besar datang sini menyatakan Umno penyebab hilangnya kestabilan sesebuah kerajaan.



“Saya nak maklumkan apabila runtuh kerajaan PH (Pakatan Harapan) dahulu, itu dibuat oleh mereka sendiri.

“Apabila sebahagian keluar (daripada PH), yang menjadi penstabil adalah Umno dan tampil ke depan apabila dalam keadaan situasi Covid-19,” katanya di Pasir Gudang dan dipetik BH Online hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Reezal Merican dipercayai merujuk kenyataan berkenaan kepada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Semasa berucap di majlis pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor, Sanusi dilaporkan berkata, kestabilan politik hanya boleh dicapai sekiranya Umno-BN disekat daripada kembali berkuasa.



Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu juga memberi contoh Kedah sebagai “kerajaan stabil” kerana Umno hanya mempunyai dua kerusi saja, dan berbeza daripada keadaan di negeri lain.

Kalau boleh nak semua

Menurut Sanusi, BN khususnya Umno dilihat terus menjadi pihak yang mencetuskan perbalahan sehingga sukar mencapai kesepakatan dengan PAS.

“Dia macam kita duduk satu rumah, makan satu meja masak satu lauk, tetapi dia tikam belakang kita… Inilahlah perangai BN. Kita kalau nak hidup aman, lidah dengan hati mesti sama.



“Mereka (Umno) sudah menerima macam-macam tetapi tetap tamak kerana mereka kalau boleh mahu semua.

“Tengok apa yang mereka tidak dapat, jika bukan jawatan menteri mesti pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” dakwa Sanusi.

Dia juga mendakwa selepas berkuasa Umno-BN cenderung untuk mencetuskan pilihan raya di negeri-negeri yang mereka mempunyai hanya sedikit kelebihan kerusi.

Dr Adham Baba

Kata Reezal, dalam pentadbiran lalu pemimpin-pemimpin Umno – seperti Ismail Sabri Yaakob, Dr Adham Baba, Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein – sebenarnya yang membantu menstabilkan negara ketika berdepan krisis.



Untuk rekod, nama-nama yang disebutnya merupakan antara pemimpin Umno yang memegang jawatan menteri dalam kedua-dua pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada PH, serta Keluarga Malaysia yang diterajui Ismail.

Bahkan, ketika Umno mentadbir kini pun, kata menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu, kestabilan dapat dicapai menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan parti-parti pembangkang.

“Walaupun bukan kerajaan Umno, tetapi pemimpin Umno adalah penstabil dalam kerajaan.

“Apabila Ismail Sabri mengetuai kerajaan, perdana menteri berjaya mendapatkan pemimpin pembangkang menandatangani MOU untuk memudahkan pentadbiran kerajaan dalam tempoh pandemik.



“Beliau berjaya menghasilkan senario yang mana (pemimpin PH) Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng akur dan akhirnya bajet berjalan dengan lancar.

“Kerana apa? Kerana perdana menteri mempunyai keupayaan untuk bawa kestabilan. Beliau perdana menteri dari mana? Dari Umno,” dia dipetik berkata.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker